Monday, 5 May 2014

Khilaf

Aku,
Sempurna lahiriahnya atas nikmatMu,
Sepasang mata untukku melihat,
Sepasang telinga untukku mendengar,
Sebentuk bibir untukku berbicara,
Sepasang tangan untukku menyentuh,
Sepasang kaki untukku melangkah,
Namun, segenap hatiku kosong,
Kosong dek kerana kekhilafanku.


Khilafku,
Tidak mampu kuhitung dengan jari-jemariku,
Tidak mampu kufikir dengan akalku,
Tidak mampu kuimbau dari kisah silamku,
Kerana,
Khilafku tidak mampu untukku menghitung,
Sehingga akhir nafasku.

Engkau,
KehadiranMu aku hiraukan,
Kasih sayangMu aku permainkan,
KemaafanMu aku perkotak katikkan,
Namun aku malu,
Malu kerana Engkau masih utuh di sisiku,
Tidak berganjak mahupun melangkah jauh dariku,
Menanti dan terus menanti,
Menanti aku yang penuh dengan kekhilafan ini,
Tunduk dan bersujud kembali menghadap Ilahi,
Memohon ampun dan taubat menyucikan diri.

0 Critical Critics:

Post a Comment