Air mata yang sedari tadi mengalir kuseka buat entah ke berapa kali. Penat. Lelah. Letih dengan percaturan takdir yang tidak pernah menyebelahi aku. Bila aku mengadu resah hati kepada abang long, dengan mudah dia menjawab.
"Allah sayang angah. Sebab tu Allah uji angah. Nak test betapa kuatnya adik along ni." Ujarnya dengan senyuman. Dan aku mengukir senyuman segaris. Terpaksa.
Aku, Dhiya Nafisa sekali lagi kecundang. Kalah sebelum berperang dalam hal berkaitan jodoh. Kali pertama aku redha, Akram pergi kerana Allah lebih sayangkan dia. Begitu juga kali kedua apabila Darwisy menyatakan dia sudah ada pilihan hati beberapa hari sebelum kami bertunang. Namun, bila yang diharap dan perasaan sayang dan kasih mula menumpah buat si Hafiz, akhirnya aku dengar dia sudah menikah. Mengikat janji sehidup semati dengan kawan baikku sendiri, Syifa' Annisa. Yakni, seminggu sebelum kami diijab qabul yang akan menghalalkan hubungan setelah bertunang hampir tiga bulan.
Aku tebar pandanganku ke arah laut yang terbentang luas. Mengusir rasa yang sudah bercampur aduk tanpa ku pasti yang manakah lebih mendominasi aku saat ini. Marah? Sedih? Terkilan? Terluka? Gembira? Entah. Aku sendiri tiada jawapan. Dan akhirnya air mataku tumpah buat kesekian kali dan kubiarkan tanpa kuseka.
*****
"Macam mana ni abang? Majlis tu nak diteruskan jugak ker? Haih... migrain saya macam ni. Yang lelaki buat perangai macam tu pula. Ha! Anak dara abang tu dah hilang ke mana dah?" Soal Datin Rahimah sambil mengeluh lemah.
Apabila pembantu rumahnya menyembunyikan surat khabar dari pandangannya tadi, dia sedar ada sesuatu yang tidak kena. Dan sungguh tepat telahannya apabila tunang anaknya, Amirul Hafiz sudah sah menjadi suami kepada kawan baik anak perempuannya. Terkejut bukan kepalang dia apabila melihat beberapa gambar yang menunjukkan pasangan itu bahagia dan mesra dengan ikatan yang sudah terjalin.
Dato' Khalid bungkam. Dia sendiri terkedu apabila si isteri menyuakan surat khabar kepadanya. Tidak sangka bakal menantu yang diharap dapat menjadi imam si anak gadisnya sudah menjadi hak orang lain.
"Nak cancel dah tak sempat Mah. Kita tukar buat majlis kesyukuran je la. Lagipun, abang sure mesti ramai yang dah tahu yg si Hafiz tu dah kahwin. Ni sampai masuk paper siap front page lagi. Nak buat macam mana. Dah bukan jodoh anak kita." Cadang Dato' Khalid. Datin Rahimah hanya diam tanpa tanda mahu mengiakan.
Dua pasang mata terarah ke susuk tubuh yang baru melangkah masuk ke dalam rumah. Wajah yang ceria sebelum ini kelihatan pucat dan tak bermaya. Kesan tangis masih tersisa di pipi gebu anak perempuannya.
"Walid dengan umi nak cancel atau teruskan terpulanglah. Dhiya ikut je. Kalau nak buat kenduri arwah pun boleh. Buat majlis tahlil ke baca yaasin ke dekat arwah tok pa dengan tok ma." Ujar Dhiya Nafisa tanpa riak. Lantas dia berlalu ke biliknya yang terletak di tingkat atas.
*****
Tangan aku ligat memicit pelipis kepala yang terasa berpusing dan semakin memberat akibat menangis. Bunyi bip di telefon bimbit menyatakan ada mesej yang masuk.
From: Nerd boy
Are you okay?
Tiga patah perkataan yang membuatkan hati yang tadinya mulai sejuk terasa panas kembali. Jemariku lincah bergerak di skrin sentuh Samsung Note II milikku.
InsyaAllah. I'm fine. Thanks for asking.
Tidak sampai seminit aku menerima balasan darinya. Mesej yang tertera membuatkan aku mengukir senyum tanpa paksa.
From: Nerd boy
Good. Glad to hear it. But I'm sure your eyes look like Panda now. Am I? @__@
Mesejnya aku biar tidak berbalas. Namun, tidak sampai lima minit telefon aku berbunyi. Aku terus menjawab panggilan apabila nama Nerd boy terpapar di skrin.
"Assalamualaikum angah. Betul-betul okay ke ni?"
Belum sempat aku menjawab salamnya terus diterjah dengan soalan. Hailah adik sorang ni. Buat aku sentap sungguh.
"Waalaikumussalam. Angah cakap okay kan. Yang tak menyempat tanya soalan tu kenapa? Bagilah angah jawab salam tu dulu." Bebelku.
"Hehe... takut nanti angah terus hang up lepas jawab salam Dani. Are you really really okay?"
Soal Danial Nuqman buat kali ketiga termasuk dengan mesejnya tadi.
"Tanya lagi sekali angah hang up terus." Ugutku. Adik aku ni bukan makan saman. Kena ugut baru kecut perut. Terdengar Dani mengekek ketawa di sebelah talian.
"By the way, mana tahu the news? Along kepoci bagi tahu ker?"
"Siapa lagi angah. Dah nama pun kepoci, of course lah dari along."
Aku tergelak. Abang aku yang sulung, Danial Naim aku gelarkan kepoci. Bab gosip dia nombor satu. Tak padan dengan lelaki. Kesian kak Hafizah, kakak ipar aku merangkap isteri si along. Dapat suami radio bergerak. Tapi yang bagusnya along ni, gosip dia semuanya sahih dan benar dan hanya melibatkan hal keluarga sahaja.
"Balik tak nanti?"
"Mestilah balik. Nak teman angah yang sweet ni. Lagipun, kan cuti sem. Alaa... tak ada wedding pun tak apa. Yang penting family gathering. Family support each other right?"
Aku mengulum senyum.
"Right! Okaylah. Dah pergi sambung study. Bukan nak exam ke esok?" Halauku.
"Yup. Tapi exam second matter. But you are my first and the most important matter. Bye angah. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Jawabku sebelum talian dimatikan.
Mendengar balasan ringkas si adik membuatkan diri aku semakin terharu. Terharu dengan keprihatinannya walaupun dia nun jauh di utara menyambung pelajaran di sebuah universiti tempatan. Lafaz syukur aku lahirkan di dalam hati.
"Alhamdulillah ya Allah. Aku terlupa dengan nikmatMu yang satu ini. Mungkin aku kecundang bila tiba soal jodoh, hati dan perasaan. Namun aku sentiasa menang dalam soal kasih sayang keluarga. Tidak kurang walaupun sedikit. Makin bercambah dan bertambah kasih sayang antara kami. Mungkin kerana kealpaanku di atas nikmatMu yang telah Engkau kurniakan kepada aku menjadi asbab tentang kegagalan jodohku. Ampunilah aku ya Allah."
*****
"Angah kau apa cerita?" Dani memandang senior disebelahnya. Kening sebelah dijungkit ke atas.
"Yang main angkat-angkat kening ni kenapa? Aku tanya pasal angah kau."
Dani mengganguk. Dia paling tak faham dengan lelaki yang asyik menyendeng disebelahnya. Dah serupa sepasang kekasih. Tak boleh berenggang walaupun sesaat. Di mana ada Dani, di situ ada lelaki disebelahnya ini. Pernah sekali dia diberi warning oleh AJK Hal Ehwal Agama kerana kelakuan mereka yang mencurigakan dan hampir-hampir dicop gay. Namun, setelah dia memberi penjelasan tentang hubungan mereka, akhirnya mereka akur dan melepaskan mereka berdua.
"Lailahaillallah. Yang kau angguk je ni apahal?" Adam Qhaleef mengeluh. Aku tanya soalan punya ringkas. Sepatah pun tak dibalas.
"Angah aku dia cakap okay. Itu mulutlah yang cakap. Hati hanya dia dengan Allah je yang tahu. Yang kau ni pulak, asyik tanya pasal angah aku tu kenapa? Nak ganti jadi pengantin lelaki angah aku pulak. Macam tu?" Tebak Dani macam peluru berpandu.
Adam Qhaleef terdiam. Dia bukan sengaja busy body nak tahu pasal angah si Dani. Sejak terpandangkan seraut wajah yang manis bertudung dalam gambar keluarga yang diselit Dani dalam buku tebal hitamnya, dia terus jatuh suka. Namun, dia hanya diamkan sahaja. Tak nak mengharap lebih kerana si gadis bertudung biru itu sudah selamat menjadi tunangan orang
"Kalau aku cakap ya?" Balasnya setelah diam agak lama.
Burrr! Tersembur air Nescafe ais yang baru diteguk Dani. Terteleng kepalanya memandang raut wajah tenang si jejaka disebelah.
"Kau gila ke apa? Ingat sikit. Kau tu muda dari angah aku. Tak hingin aku nak beriparkan lelaki yang tua setahun dari aku. Tak sanggup. Geli aku nak membayangkannya." Bentak Dani.
"Kalau aku cakap umur aku lagi tua dari kakak kau?" Soal Adam ringkas seraya berlalu.
Sekali lagi tersembur air Nescafe dari mulut Dani. Melopong mulutnya dengan soalan berbaur ayat penyata tu.
"Dia tua dari angah? Impossible."
*****
Deringan telefon yang sudah masuk kali ketiga terputus. Namun, mendengar suara lunak yang bersuara, senyuman kembali terukir di bibir. Berjawab jugak akhirnya.
"Hello." Sapa si gadis.
"Hello. Assalamualaikum." Sambut si jejaka.
"Waalaikumussalam. Errr... siapa ni?"
"Adam. Adam Qhaleef. Boleh saya bercakap dengan Pak Cik Khalid?" Soal Adam ramah.
"Kejap."
Adam terasa panggilan sepi buat seketika. Namun perbualan yang semakin hampir dengan ganggang telefon semakin jelas kedengaran.
"Siapa call, angah?" Soal si bapa.
"Entahlah walid. Tadi dia cakap nama dia Adam. Nak cakap dengan walid. Tu angah panggil walid."
Aku segera membetulkan duduk saat terdengar bunyi ganggang telefon diangkat.
"Hello." Sapa suara garau Dato' Khalid.
"Hello. Assalamualaikum pak cik."
"Waalaikumussalam. Panggil je walid. Tak payah panggil pak cik. Terasa tua pulak." Ujar Dato' Khalid bergurau.
Adam Qhaleef sudah tersenyum. Macam senang je nak tackle ni. Bisik hatinya.
"Err... walid. Saya Adam. Kawan si Dani. Anak walid." Ujarnya senafas.
"Ohh... kawan Dani ke rupanya. Eh, ni call nak cari Dani ke walid? Ke memang ada benda lain nak cakap dengan walid?"
"Eh! Saya memang call cari walid. Tadi intro je walid." Gurau Adam. Menutup rasa gugup yang mula hadir.
Namun, ketawa Dato' Khalid mengusir perasaan gugup yang baru bertamu. Nampak mesra gaya walid Dani.
"Mukaddimah sudah. Sekarang masuk isi lah pulak ye."
"A'ah. Sebenarnya saya call ni nak tanyakan tentang anak perempuan walid."
Tiada balasan dari Dato' Khalid. Tiba-tiba rasa gugup yang baru setengah minit dihalau tadi kembali merajai hati.
"Errr... saya nak kahwin dengan anak walid boleh?" Ujar Adam pantas dalam satu nafas.
Straight to the point. Dek kerana gelabah, habis ayat yang dikarangnya tadi terbang entah ke mana.
Deheman walid Dani menarik dia kembali ke alam nyata. Tolonglah terima. Bisik hati Adam.
"Adam tahu tak yang anak walid baru je putus tunang tak sampai sehari?" Soal Dato' Khalid ingin tahu.
"Saya tahu. Dani bagi tahu saya tadi. Saya nak kahwin dengan anak walid bukan sebab saya kasihan atau nak menutup malu keluarga walid. Cuma hati saya dah berkenan dengan anak walid. Cuma dulu saya tak mencuba kerana dia tunangan orang. Saya hormati statusnya tu. Tapi sekarang saya ingin dia jadi suri hidup saya dunia dan insyaAllah akhirat." Panjang lebar penerangan Adam. Rentak jantung kembali tenang dan darah gemuruh beransur hilang.
"Kalau macam tu, walid terima kamu. Kamu tahu tarikh perkahwinan asal bila?"
Adam mengangguk. Menyedari tindakannya tidak dilihat si walid, dia lekas bersuara. "Tahu. Jumaat depan. Lepas solat Jumaat."
"Nanti datanglah rumah walid bawa family. Terus akad nikah. Tak payah tunang segala. Hantaran walid tak kisah terpulang kepada kamu nak bagi berapa. Lagipun anak walid sorang tu je perempuan. Mas kahwin pun terpulang juga pada kamu. Yang penting kamu ikhlas."
Adam terasa mahu menjerit bila si bapa memberikan kata putus. Positif pula tu.
"Err... walid tak tanya anak walid dulu ker? Mana nak tahu dia tak nak terima saya yang masih belajar ni?" Soalnya berlapik.
"Tak apa. Dulu tiga kali dia kecewa bila pilihannya membuatkan dia kecewa. Tadi dia cakap dia akan terima siapa saja yang layak jadi bakal imam dia. Tak sangka cepat pula yang datang." Seloroh Dato' Khalid.
Adam Qhaleef sudah tersipu malu.
"Terima kasih walid. InsyaAllah nanti saya bawa rombongan pengantin. Assalamualaikum."
"Eh Adam. Sebelum tu walid nak tanya, umur kamu berapa? Jangan terasa hati pula. Walid saja nak tahu. Anak walid tu dah 25. Si Dani tu 23. Muda tua walid tak kisah. Yang penting mampu jadi imam untuk anak walid."
Adam tergelak kecil. "Muda lagi walid. Baru..."
*****
Danial Nuqman menepuk dadanya yang sakit tersedak air 100 Plus yang baru diteguk gara-gara terkejut dengan berita yang disampailan walid.
"Yang tersedak tu kenapa Dani?"
"News walid la. Tahu tak walid hari ni Dani tiga kali tersedak. Ni kalau kali keempat tersedak Dani tak tahu nak cakap apa dah."
Dato' Khalid ketawa.
"Siapa yang buat anak walid ni sampai tersedak banyak kali? Buah hati ker?" Usik Dato' Khalid.
Danial buat muka menyampah.
"Buah hati lah sangat walid. Si Adam yang call walid tu la. Dia puncanya. Ni lagi sekali dia buat Dani tersedak. Dia nak jadi abang ipar Dani? Tak nak lah Dani. Dah la umur pun tak jauh mana." Bangkang Dani.
"Tapi walid terima dah. Matang dan bersungguh gaya dia."
"What? Terima dah? Alaa walid. Tolak lah. Tak nak lah dapat abang ipar muda dari angah. Biar la tua dari angah adik tak kisah. Aihh." Keluh Danial Nuqman. Tergelak Dato' Khalid.
"Ini siapa yang nak kahwin ni? Kamu ke angah kamu ke? Bercakap macam dia yang kena kahwin. Angah kamu pun tak banyak songeh macam kamu tahu? Ikut je walid cakap."
"Memanglah angah ikut. Dah dia berapa kali tak jadi. Tapi angah betul-betul okay ke walid? Karang pengantin perempuan lari, malu kita walid." Ujarnya risau.
"Sudah. Dia okay je. Angah cakap kalau dah tersurat itu jodoh dengan dia, lari hujung dunia tetap berakhir dengan dia. Kalau tak di dunia di akhirat sana."
"Okay. Kalau macam tu, adik tak boleh nak bantah. Kirim salam dekat umi dengan angah. Assalamualaikum."
Sebaik salam berjawab terus talian dimatikan.
*****
Seminggu berlalu....
Jubah nikah yang tersarung di tubuh dibelek lagi. Sepatutnya jubah ini tersarung dengan pengantin lelakinya Amirul Hafiz. Namun, begitulah yang dikatakan kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Jodoh aku ternyata bukan dengan Hafiz tapi dengan si jejaka yang aku sendiri tidak pernah kenal kecuali adik aku, Danial Nuqman. Senyuman terukir bila terkenang rungutan Dani terhadap kawan merangkap seniornya semalam.
"Angah tak payah lah kahwin dengan Adam tu. Dah la dia muda dari angah. Tak sesuai dengan angah yang hot ni."
"Amboi, ni yang puji angah melambung ni sebab nak suruh cancel majlis esok la ni? Tak nak lah angah. Lagi keluarga kita malu. Dah la dah cakap dengan keluarga si Adam tu yang walid setuju. Lagipun...."
Teruja muka Dani waktu tu.
"Lagipum istikharah angah seminggu ni tenang dengan meneruskan majlis ni. Lagipun Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tunggu esok, ijab qabul dan naiklah status angah." Ujar aku melawak. Dan Dani mencebik tanda tidak puas hati.
"Malas cakap dengan angah. Adam tu kan angah dah la gemuk, muka bajet hensem padahal tak pun. Tersangatlah tak sesuai dengan angah." Provoknya lagi.
Dan bicara aku seterusnya mematikan akalnya untuk terus membantah keputusan yang sudah bulat dan tekad aku buat ini.
"Kalau muka hensem tapi perangai tak semengah buat apa. Biar rupa dia so-so je, tapi hati dia ikhlas nak memperisterikan angah, dia ingin pimpin angah yang tempang sana sini ke jalan lurus menemui cinta Ilahi, angah rela ikut dia ke mana saja dia pergi. Bila perangai lebih hensem dari rupa, rupa tu automatik nampak bersih dan sekacak tuan badan."
"Jauh mengelamun." Teguran umi mematikan lamunanku.
"Tak dak la umi. Teringat perbualan dengan Dani semalam. Nak suruh cancel wedding hari ni." Tergeleng kepala aku mengenangkannya.
"Dah ready? Semua tetamu dah sampai. Pihak lelaki pun dah. Tunggu pengantin perempuan je."
Aku lantas berdiri seraya mengangguk.
"Jom umi."
*****
"Adam Qhaleef bin Mustafa."
"Saya."
"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Dhiya Nafisa binti Khalid dengan emas kahwinnya satu ribu ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Dhiya Nafisa binti Khalid dengan emas kahwinnya satu ribu ringgit tunai."
"Sah?" Soal tok kadi.
"Sah. Sah." Jawab dua saksi yang tekun mendengar lafaz ijab dan qabul.
Alhamdulillah. Aku kini sah menjadi seorang isteri kepada imamku, Adam Qhaleef. Kelihatan suami yang baru beberapa saat dinikahi meraup mukanya. Melafazkan syukur kerana majlis berjalan lancar. Dan aku bangga dengannya kerana dia mengambilku sebagai isteri hanya dengan satu lafaz.
Saat tubuh badannya berkalih memandang aku yang duduk bersimpuh tidak jauh darinya, mulutnya seperti bergerak-gerak menyatakan sesuatu. Namun, suara walid yang tiba-tiba bersuara membuatkan darah merah menyerbu naik ke muka. Malu!
"Aihh... main bisik-bisik pula pengantin ni. Angah, ni Adam tanya. Nak solat sunat sekali tak?"
Dan aku hanya mengangguk lalu berdiri menghampirinya. Kami berdua berlalu ke bilik tetamu yang tersedia di tingkat bawah.
Saat takbir dilaungkan, aku yakin dialah imamku.
*****
Sebaik selesai solat sunat, kami berdua keluar. Sepatah pun belum berbicara dengan sang suami. Rasa mahu dihempuk kepala Dani waktu ni. Tak hensem konon. Ni aku yang dah mula cair apa cerita?
Majlis pembatalan air sembahyang dilakukan sederhana. Aku mengucup belakang tangan Adam usai dia menyarung cincin ke jari manisku. Aku juga menyaring cincin ke jarinya namun bila disuruh cium dahiku, dia selamba menjawab.
"Tak apa lah. Simpan untuk saya dan dia sahaja nanti." Terdengar ketawa nakal saudara-mara yang galak mengusik.
*****
Aku melangkah naik ke bilik sebaik sahaja selesai majlis bagi pihak aku. Tadi sempat berjumpa dan ramah-mesra dengan keluarga mertua. Sempoi dan sporting. Sempat juga mengusik aku dan suamiku.
Melihat Adam yang tengah rancak bersembang dengan Dani, aku tahu ketidakpuasan hatinya masih belum terungkai. Biarlah mereka berdua settle dahulu. Sedangkan aku awal-awal lagi tahu yang suami aku tu lagi tua dari aku. Mana aku dapat tahu? Mestilah dari along kepoci.
*****
"Kau jadi abang ipar aku jugak." Sedih ayat yang dituturkan Dani.
"Eh! Tolong bersyukur sikit. Untung apa dapat abang ipar yang hensem macam aku." Ujar Adam bangga. Dani menjeling menyampah.
"Tak hingin aku. Dah la tua setahun dari aku."
"Siapa cakap aku tua setahun?"
Dani berkerut dahi. Pelik.
"Akulah. Kenapa? Nak cakap kau 18? Ohh... pleaselah."
Adam pecah tawa dengan gaya kesotongan Dani.
"Aku tak cakap pun aku 18. But anyway thanks for the compliment. In fact aku tak pernah cakap pun aku tua setahun dari kau. Yang tetiba assume aku 24 tu kenapa? Nak cakap muka aku babyface? Tak lapuk dek zaman, gitu?"
Dani buat gaya muntah. "Muntah aku dengar. Tak lapuk dek zaman. Klasiknya bahasa. Nampak sangat otak kau tu dah tua. Aku teka je lah. Yang part muka nampak muda tu aku admit la. Tak nampak yang kau tua pun."
Adam Qhaleef tersenyum.
"Aku ni dah nak masuk 27 tahun ni. Cukup tua tak untuk kau mula panggil aku abang ngah?" Ujarnya seraya berlalu ke tingkat atas. Bilik baru yang bakal dihuni bersama si isteri. Senyumannya melebar bila perkataan isteri terbit di hati.
"Indahnya perasaan ini ya Allah."
Dan Danial Nuqman tersedak buat kali keempat. Puncanya Adam Qhaleef merangkap kawan merangkap senior dan upgrade jadi abang ngah dia.
*****
Tiada sahutan dari dalam bilik walau pintu sudah diketuk buat kali ketiga. Akhirnya, dia memulas tombol pintu yang tidak berkunci. Telinga yang menangkap bunyi pancuran air membuatkan dia tersenyum lagi.
"Mandi rupanya."
Adam lantas menyalin pakaian yang hampir setengah hari tersarung di tubuh. Tuala yang terdampar di birai katil lantas dicapai lalu dililit ke pinggang. Mendedahlan sebahagian badan yang sudah tidak berbaju.
Bunyi selak pintu yang dibuka membuatkan di pagung ke arah pintu bilik air. Melihatkan wajah manis yang tersembul di muka pintu membuatkan Adam kejung. Tubuh yang hanya tersarung T-shirt hitam lengan pendek dan tuala yang terlilit di pinggang sampai ke buku lali sangat indah di mata Adam. Ditambah pula rambut yang masih separa lembap dek kerana dibasuh.
Tanpa diduga, si isteri angkat kepala. Tepat ke arahnya.
*****
Aku melangkah keluar setelah selesai mengeringkan rambut yang basah. Dek kerana terperam lama dalam selendang tadi, naik masam rambut aku.
Namun, aku rasakan seperti ada mata yang sedang leka memerhatikan aku. Dan aku terus panggung kepala. Terkedu saat melihat tubuh yang hanya dibaluti tuala tunak memandang ke arahku.
Melihat dia yang kaku, aku menghampirinya.
"Abang nak mandi.?"
Adam mengangguk.
"Masuklah. Berus gigi abang pun Dhiya dah buka yang baru. Ada dekat atas sinki. Dhiya tunggu abang. Kita solat sama boleh?" Pintaku antara berani dan malu. Memecahkan rasa canggung yang mengisi setiap ruang bilik. Namun melihat bibir itu tersungging senyuman nipis, aku hela nafas lega.
"Boleh. Tunggu abang. Nanti Dhiya hampar sejadah."Arahnya lembut dan aku hanya menggangguk mengiyakan.
*****
Selesai sahaja solat Asar berjemaah, Adam mengalunkan zikir ringkas disertai doa yang menusuk kalbuku. Banyak yang dia pohon terutama kekuatan buat kami suami isteri dalam melalui liku hidup dalam melayari bahtera perkahwinan yang baru dibina tidak sampai 24 jam. Setelah mengaminkan doa, dia berpaling ke belakang menghadap aku yang setia menunduk ke arah tikar sejadah. Namun, jari runcing yang cantik itu menyentuh daguku. Mendongak wajah supaya bertentang mata dengannya.
"Kenapa tunduk?"
"Malu." Jawab aku perlahan.
Dan Adam Qhaleef tersenyum. Ah! I'm melting.
"Jangan senyum macam tu boleh?"
Adam terkejut. Jelas riak wajahnya berubah.
"Kenapa? Tak suka?"
Nada suaranya seperti berjauh hati. Dan aku kemam mulut. Adus! Tersasul pulak. Ingat cakap dalam hati je.
"Eh, bukan! Tergoda." Ah, sudah! Sekali lagi terlepas kata. Malunya!
Dan aku perasan Adam Qhaleef seperti mahu ketawa namun ditahan.
"Gelak je lah kalau nak gelak. Tak payah tahan-tahan. Hodoh!" Serentak itu pecah tawa Adam. Dan aku mencebik.
"Sorry Dhiya. Tak tertahan nak gelak tadi." Ujar Adam Qhaleef dengan tawa yang masih tersisa.
"Dah lah. Merajuk. Nak salam." Ujarku pantas. Tangan telah kusua untuk disalam. Adam Qhaleef terdiam. Namun huluran salam disambut. Elok je aku angkat kepala setelah salam, Adam Qhaleef melabuhkan bibirnya tepat di dahiku. Dan aku terkedu. Tersentuh hati kala ini. Syahdunya.
"Abang minta maaf ya. Saja nak usik buah hati abang yang dulu asyik pandang dari jauh je."
"Dari jauh? Abang stalk Dhiya ke apa?"
Adam senyum. Aku dah pening.
"Mana ada stalk sayang oi. Abang duduk utara nun. Dengan Dani. Masa bilanya nak stalk sayang."
"Dah tu?"
"Nak dengar story tak?"
Aku angguk laju. Ni yang best bila ada orang sudi nak berkongsi cerita.
"Abang fall in love dengan Dhiya Nafisa ni dah lama. Since sekolah lagi. Cuma Dhiya ja yang tak perasan. Biasalah abang budak yang otak dia biasa-biasa je. Bukan macam ayang. Setiap tahun naik pentas. Top student lah katakan." Membuntang mata aku bila encik suami membuka lipatan sejarah lama. Yang membuatkan aku makin terkelu bila ianya ada kaitan dengan aku. Nanti aku cerita pula.
"Lepas tu?" Soalku.
"Abang kadang-kadang curi tengok Dhiya. Manis bila senyum. Sopan bila berbicara. Membuatkan abang jatuh cinta berkali-kali walaupun abang baru 17 tahun waktu tu dan Dhiya baru form 3."
"Dhiya comel tak waktu tu?"
Adam mencebik. "Perasan." Dan aku mengekek ketawa.
"Then, ditakdirkan Allah kita berpisah. Yelah. Dah abang habis belajar. Tambah pulak abang pindah pergi Penang sebab ayah abang posting pergi sana. End up, terpisahlah kita." Sedih je ayat Adam Qhaleef. Namun wajah yang suram kembali ceria.
"Huishy... cerita macam novel. Habis tu macam mana jumpa Dhiya balik?"
Adam kulihat mengensot menghampiri aku yang masih tegak duduk berhadapannya. Tanganku ditarik dan digenggam kemas.
"Yang ni part lovey dovey sikit. So, kenalah ada feeling sikit ye Puan Dhiya." Ujarnya.
"Abang sambung PhD dekat universiti yang Dani study sekarang. Ditakdirkan Allah, abang yang hantar Dani pergi hospital waktu dia pengsan dalam dewan."
"Dani pengsan? Kenapa? Dia tak pernah beritahu Dhiya pun."Protes aku.
"Dia tak nak walid, umi along dengan Dhiya risau. Lagipun dia demam biasa je hari tu. Letih sebab nak exam kot." Tebak Adam.
"Oleh kerana terhutang budi, dia pun jadi lah bff abang namun dia hanya kenal abang sebagai senior. Dani tak pernah tahu abang buat PhD. Sebab nanti mesti dia pelik nak sembang dengan orang yang jarak umur jauh. Dah boleh masuk golongan tua." Tergelak aku dengar dengan alasan encik suami.
"Sampailah one day, dia suruh abang pegangkan beg dengan buku kulit tebal covered with black leather. Kind of a diary atau planner. Macam tu lah. Tapi abang ni amanah okay. Tak bukak buku tu. Lep..."
Aku angkat tapak tangan aku tepat dihapan wajahnya.
"Wait,wait. Kenapa nak suruh pegang?"
"Eh! Abang tak cakap ke?" Aku geleng.
"Dani pergi toilet. Abang tunggulah dekat luar." Mulut aku membentuk huruf O.
"Lepas keluar tu, dia selak first page buku tu. Dan oleh kerana abang dekat sebelah Dani waktu tu, so ternampaklah sekeping gambar family terselit di situ. Time abang nampak tu, hanya raut wajah tudung biru tu ja yang abang fokus. Macam nak menjerit pun ada. Sebab dah jumpa buah hati abang after ten years."
Dan aku rasa air mata aku bergenang. Ringan jemari Adam menyeka air mata yang hampir menitis di tubir mata.
Tiba-tiba aku rasa percaturan hidup aku sangat indah. Gagal dengan orang ini, jumpa dengan orang itu. Namun, sebenarnya Allah hanya ingin temukan aku dengan seseorang yang sudah lama menunggu aku dalam diam. Dan tanpa aku sangka sepuluh tahun dia tetap menanti dan setia walaupun jangka waktu yang panjang. Satu jangka yang lama yang boleh membuatkan sesorang berputus asa dan mencari yang lain. Tapi tidak buat Adam Qhaleef ku. Imam yang akan ku terus setia menjadi makmumnya.
"So, after nampak tu terus abang tanya siapa dalam gambar tu. Dani pun explain sampailah bila dia sebut nama sayang. Waktu tu abang dah tekad nak meminang sayang. Namun, bila Dani sebut sayang dah bertunang, hancur berkecai hati abang waktu tu. Terluka. Baru je jumpa kena berpisah balik. Namun, abang tetap update semua perkembangan sayang dari Dani. Tapi Dani tak pernah tahu dan syak rasa hati abang pada angah dia. Dan waktu Dani cerita sayang putus tunang, dalam sedih abang gembira. Ada chance untuk abang dapatkan sayang balik." Ujarnya ceria.
"Dan abang terus call walid nak nikah dengan Dhiya. Macam tu?"
Adam Qhaleef angguk. Tanganku yang masih kemas dalam genggamannya dibawa ke bibirnya lalu dikucup lembut.
"Abang sayang Dhiya sangat. Dari dulu, kini dan selamanya." Ujarnya lembut dan aku menahan pijar. Malu dengan pengakuannya.
"Dhiya pun terima abang sebab jawapan istikharah Dhiya suruh Dhiya terima abang. Sebab Dhiya terbuka majalah sekolah lama-lama waktu nak mengemas dulu. Dan Dhiya jumpa surat kecil yang tertulis,
abang ada selit ke?" Soalku dengan riak ingin tahu.
Lambat-lambat senyuman yang menguntum di bibir Adam Qhaleef.
"Yup. Majalah sekolah terakhir before abang pergi. Kan abang editor majalah. So abang buat special untuk Dhiya. Kalau Dhiya perasan, majalah Dhiya lain dari lain. Banyak gambar sayang dengan abang tapi tak adalab obvious sangat. Nanti kantoi!"
Membuntang mataku.
"Abang!" Terjerit kecil aku dibuatnya.
"Patutlah kawan Dhiya complain kenapa majalah Dhiya lain." Cebirku. Adam Qhaleef menarik muncungku.
"Special gift for my sweetheart!"
Dan aku tersenyum hingga ke telinga.
"Dhiya pun jatuh sayang dan cintakan abang. Encik Adam Qhaleef." Ujarku manja. Tubuh tegap dihadapanku, aku peluk kemas dan erat. Takkan sesekali aku akan melepaskannya kerana ini salah satu cabang laluan hidup aku. Liku kehidupan seorang Dhiya Nafisa. Terima kasih ya Allah.
"Abang sambung PhD dekat universiti yang Dani study sekarang. Ditakdirkan Allah, abang yang hantar Dani pergi hospital waktu dia pengsan dalam dewan."
"Dani pengsan? Kenapa? Dia tak pernah beritahu Dhiya pun."Protes aku.
"Dia tak nak walid, umi along dengan Dhiya risau. Lagipun dia demam biasa je hari tu. Letih sebab nak exam kot." Tebak Adam.
"Oleh kerana terhutang budi, dia pun jadi lah bff abang namun dia hanya kenal abang sebagai senior. Dani tak pernah tahu abang buat PhD. Sebab nanti mesti dia pelik nak sembang dengan orang yang jarak umur jauh. Dah boleh masuk golongan tua." Tergelak aku dengar dengan alasan encik suami.
"Sampailah one day, dia suruh abang pegangkan beg dengan buku kulit tebal covered with black leather. Kind of a diary atau planner. Macam tu lah. Tapi abang ni amanah okay. Tak bukak buku tu. Lep..."
Aku angkat tapak tangan aku tepat dihapan wajahnya.
"Wait,wait. Kenapa nak suruh pegang?"
"Eh! Abang tak cakap ke?" Aku geleng.
"Dani pergi toilet. Abang tunggulah dekat luar." Mulut aku membentuk huruf O.
"Lepas keluar tu, dia selak first page buku tu. Dan oleh kerana abang dekat sebelah Dani waktu tu, so ternampaklah sekeping gambar family terselit di situ. Time abang nampak tu, hanya raut wajah tudung biru tu ja yang abang fokus. Macam nak menjerit pun ada. Sebab dah jumpa buah hati abang after ten years."
Dan aku rasa air mata aku bergenang. Ringan jemari Adam menyeka air mata yang hampir menitis di tubir mata.
Tiba-tiba aku rasa percaturan hidup aku sangat indah. Gagal dengan orang ini, jumpa dengan orang itu. Namun, sebenarnya Allah hanya ingin temukan aku dengan seseorang yang sudah lama menunggu aku dalam diam. Dan tanpa aku sangka sepuluh tahun dia tetap menanti dan setia walaupun jangka waktu yang panjang. Satu jangka yang lama yang boleh membuatkan sesorang berputus asa dan mencari yang lain. Tapi tidak buat Adam Qhaleef ku. Imam yang akan ku terus setia menjadi makmumnya.
"So, after nampak tu terus abang tanya siapa dalam gambar tu. Dani pun explain sampailah bila dia sebut nama sayang. Waktu tu abang dah tekad nak meminang sayang. Namun, bila Dani sebut sayang dah bertunang, hancur berkecai hati abang waktu tu. Terluka. Baru je jumpa kena berpisah balik. Namun, abang tetap update semua perkembangan sayang dari Dani. Tapi Dani tak pernah tahu dan syak rasa hati abang pada angah dia. Dan waktu Dani cerita sayang putus tunang, dalam sedih abang gembira. Ada chance untuk abang dapatkan sayang balik." Ujarnya ceria.
"Dan abang terus call walid nak nikah dengan Dhiya. Macam tu?"
Adam Qhaleef angguk. Tanganku yang masih kemas dalam genggamannya dibawa ke bibirnya lalu dikucup lembut.
"Abang sayang Dhiya sangat. Dari dulu, kini dan selamanya." Ujarnya lembut dan aku menahan pijar. Malu dengan pengakuannya.
"Dhiya pun terima abang sebab jawapan istikharah Dhiya suruh Dhiya terima abang. Sebab Dhiya terbuka majalah sekolah lama-lama waktu nak mengemas dulu. Dan Dhiya jumpa surat kecil yang tertulis,
Untuk Dhiya Nafisa,
Daripada bakal imammu, Adam Qhaleef.
abang ada selit ke?" Soalku dengan riak ingin tahu.
Lambat-lambat senyuman yang menguntum di bibir Adam Qhaleef.
"Yup. Majalah sekolah terakhir before abang pergi. Kan abang editor majalah. So abang buat special untuk Dhiya. Kalau Dhiya perasan, majalah Dhiya lain dari lain. Banyak gambar sayang dengan abang tapi tak adalab obvious sangat. Nanti kantoi!"
Membuntang mataku.
"Abang!" Terjerit kecil aku dibuatnya.
"Patutlah kawan Dhiya complain kenapa majalah Dhiya lain." Cebirku. Adam Qhaleef menarik muncungku.
"Special gift for my sweetheart!"
Dan aku tersenyum hingga ke telinga.
"Dhiya pun jatuh sayang dan cintakan abang. Encik Adam Qhaleef." Ujarku manja. Tubuh tegap dihadapanku, aku peluk kemas dan erat. Takkan sesekali aku akan melepaskannya kerana ini salah satu cabang laluan hidup aku. Liku kehidupan seorang Dhiya Nafisa. Terima kasih ya Allah.
~ THE END ~
0 Critical Critics:
Post a Comment