Kepala disembam ke tilam dengan kaki yang masih mengatur
sila. Setelah beberapa saat dia kembali mendongak. Matanya meliar ke segenap
ruang bilik yang sudah serupa reban ayam. Bantal bertaburan di lantai. Selimut
yang sudah terungkai dari lipatan terdampar di hujung pintu bilik. Cadar tak
usah cakap. Senget-benget.
“Arghh!!!” Laungnya kuat.
“Arghh!!!” Laungnya kuat.
“Stressnya aku!!! Bila tak guna sesenang hati dia terhidang depan mata. Bila nak guna, time-time tu jugak dia nak lesap bagai.” Rungutnya.
Bunyi tombol pintu yang dipulas dari luar menarik
perhatiannya. Kepala tetap dihala ke pintu menanti gerangan yang bakal muncul.
“Astaghfirullah. Qis! Apa yang bilik macam kena langgar tornado ni?” Puan Faridah mengurut dada. Terkejut dengan suasana bilik anak daranya. Dengan buku bersepah kiri kanan bilik. Alat tulis habis terkeluar dari pencil case.
“Mengamuk dekat siapa pulak ni?” Dicapai selimut yang menghalang pintu dari terus terkuak lebar.
Balqis Qistina meraup wajahnya kasar sebelum mengeluh berat. Dipejam matanya sesaat mencari mood untuk bersuara.
“Cari handphone. Tak ingat letak mana. Last Qis ingat letak atas meja study tu.” Dijuih bibirnya ke arah meja belajar di hujung bilik. Siap ada vision board yang dilekatkan di dinding berhadapannya.
Puan Faridah melabuh duduk di birai katil. “Pasal tu je yang habis bersepah bilik? Ini yang mama naik atas tu. Telefon Qis ke dekat bawah tu? Asyik berbunyi dari pagi tadi.”
Membuntang mata Qistina. “Haa?!!”
Belum sempat otak nak memproses sepenuhnya info Puan Faridah, kaki lebih pantas bertindak. Terus dia melompat turun dari katil keluar dari biliknya. Sekelip mata, dah berdesup hilang dari pandangan Puan Faridah.
“Alahai anak dara aku sorang ni. Perangai macam budak lima tahun.” Keluh Puan Faridah seraya mengemas
katil anaknya.
*****
“Wei Qis! Asal lambat gila kau angkat? Naik kematu jari
aku tekan nombor kau.” Omel pemanggil di talian.
“Waalaikumussalam.” Perli Qistina seraya mendengar ketawa si pemanggil.
“Allah... sorry ya Qis. Assalamualaikum. Aku tengah hot dengan kau sampai aku lupa.”
“Tua sangatlah nak lupa segala.” Sinis Qistina. “Ni asal call aku? By the way, aku tengah dalam misi mencari handphone aku yang ghaib tadi. Ini baru jumpa. Itu yang lambat mengangkatnya.” Jelasnya.
“Ohh... Patutlah. Aku nak inform something ni." Kedengaran deheman kuat di sebalik talian. Ehem...ehem... dengan sukacitanya diamklumkan bahawa Nur Farisya anak Encik Faris sudah selamat manjadi tunangan orang.”
“What???!!!” Bergema ruang rumah dua tingkat milik Encik Johari dengan Puan Faridah. Wajah Mak Som merangkap pembantu rumah sudah terembul dari ruang dapur. Terkejut dengan jeritan anak majikannya.
“Hoi! Nak aku pekak before kahwin ke apa? Kalau ye pun terkejut tak payahlah nak jerit beratus decible macam tu. Rosak gegendang telinga aku.”
“Mahu aku tak terkejut. Dah ada yang special bukan pernah nak cerita dekat aku. Tup-tup dengar kau dah bertunang. Aku baru berangan nak kahwin sekali dengan kau. Nampaknya, terkubur je lah impian aku tu.” Sayu suara Qistina manakala Farisya sudah menghambur tawa.
“Kau tu berangan je lebih. Usaha yillek. Tak ada. Kosong. Null. Sifar. Kalau macam tu, sampai ke tua lah jawabnya aku tak kahwin kalau nak merealisasikan impian yang tinggi melangit kau tu.”
Qistina mencebik. “Aku bukan tak usaha. Dah orang yang tak nak dekat aku. Takkan aku nak paksa, ugut anak orang kot. Kau ni pun. Agak-agaklah.” Belanya.
“Yalah, yalah. Ni aku call pun sebab nak menjemput kau datang rumah aku malam ni. Mak ayah aku nak buat kenduri kesyukuran sikit. Ajaklah family kau semua datang. Tak datang jangan harap kau akan tengok wajah yang cute miut ni time kau kahwin nanti.” Ujar Farisya. Dalam pada nak menjemput sempat lagi mengeluarkan ugutan.
“Tak payah nak perasan sangatlah kau tu cute. Tunang kau je kot yang rabun sampai boleh terpikat dengan budak tiga suku macam kau. Haha.” Usik Qistina. “InsyaAllah nanti aku datang. Lambat atau cepat bergantung kepada betapa cepatnya family aku bersiap.”
“Sempat lagi tu nak mengata aku. Okay. Nanti dah bertolak bagi tahulah. Boleh aku bentang red carpet dari jalan masuk taman rumah aku sampai depan pintu.” Farisya tak nak mengalah.
“Overlah kau. Dah lah. Aku nak tenangkan fikiran yang berserabut ni. Jumpa malam ni. Assalamualaikum.” Qistina menutup bicara sebelum mematikan talian setelah Farisya membalas salamnya.
“Oit pendek!”
Hampir terlepas telefon Sony Experia Z dari genggaman. Dipaling wajahnya ke belakang tubuhnya.
“Eeeeiii! Achik ni. Teruklah. Kus semangat orang!” Rungutnya.
Qaiser Danial ketawa besar. Bukan dia tak nampak telefon yang terlambung-lambung di tangan si adik perempuan sulungnya. Nasib masih selamat di genggaman.
“Nasib baik tak jatuh. Kalau tak Iphone sebijik orang mintak.”
“Tu mengada namanya. Handphone murah nak mintak ganti rugi yang mahal. Tak setimpal.” Balas Qaiser.
“Apasal yang terjerit-jerit tadi? Habis rosak achik punya lukisan tadi gara-gara jeritan tarzan versi perempuan ni.”
Qistina mencebik. “Nak mengutuk orang nombor satu.” Keluhan nipis terlepas dari ulas bibirnya. “Ermm... kawan oranglah. Achik ingat tak Farisya?” Respon positif dari si abang membuatkan dia menyambung bicara.
“Dia dah bertunang. Bila tu orang tak tahu. Dia baru call tadi. Lepas tu jemput pergi majlis kesyukuran dekat rumah dia malam ni." Jeda. "Tiba-tiba orang rasa sedih lah achik.” Perasaan sebu menggamit di dada. Qaiser garu kepala. First time dia melihat adiknya sayu macam ni. Kalau tak dua puluh empat jam asyik gelak sana gelak sini. Bila masuk mode sayu macam ni, dia sendiri mati kutu.
Bahu Qistina dipaut lalu mereka berdua berlalu ke sofa berbentuk L yang bertentangan dengan televisyen. Punggung dilabuhkan.
“Ala Qis. Bisalah tu. Setiap orang one day akan jadi milik orang juga. Tengok macam kak long tu. Dulu masa dia kahwin dengan abang long, dia pun rasa sayu nak tinggalkan family dia jugak. Sedih sebab nak berpisah dengan orang yang dah jaga dia sejak dari kec...auchhh!!” Belum sempat Qaiser menghabiskan bicara pahanya selamat menjadi mangsa cubitan Qistina.
“Apalah achik ni. Orang tanya lain, achik jawab lain. Itu orang pun tahulah. Sedih sebab berpisah dari family. Ini K-A-W-A-N. Kawan. Bukan adik-beradik.” Protes Qistina. Alif dah tersengih. Salahnya juga silap bagi pujukan.
“Sorry. Ini nak cakap Qis sorang je lah SAA. Macam tu?” Soal Qaiser.
Qistina terpinga-pinga. “SAA?”
“Single and available.”
Mulutnya dikemam rapat. “Sort of lah. Rasa macam yang
lain semua dah ada yang punya, orang je belum.” Badan dialihkan menghadap
Qaiser di sebelah. “Orang ni tak lawa ke sampai tak ada orang nak suka dengan
orang?”
Kedengaran gelak tawa seseorang memenuhi ruang rumah. Namun, bukan Qaiser disebelah. Tapi adik perempuannya, Batrisya Qhaleesya yang berdiri di anak tangga pertama. Perutnya ditekan-tekan menahan senak sebab ketawa besar dengan lawak tak seberapa nak antarabangsa si kakak.
“Engkau Leesya! Senyap!” Tegas amaran yang keluar dari ulas bibir Qistina. Qaiser yang ingin tergelak lantas menekup mulut. Karang selamat lagi pahanya menjadi mangsa. Bukan dia tidak tahu, jari Qistina lagi pantas dari kaki ketam yang berjalan. Walaupun berjalan senget.
“Sorry lah kak. Nak tergelak. Sebab lawak soalan akak.” Kaki diatur melangkah ke sofa yang diduduki Qaiser dengan Qistina. “Kenapa ni kak? Tak pernah-pernah dengar akak tanya soalan macam ni. Hari ni cuaca cerah tak ada ribut melanda akak boleh keluar soalan tu. Hairan.” Soal Qhaleesya ingin tahu.
Qistina menarik nafas. Sekarang dah bertambah lagi satu manusia untuk dia berkongsi masalah. Dan dia pasti, tidak sampai dua puluh empat jam, habis semua penghuni rumah ini bakal tahu masalah yang dihadapinya. Kerana radio bergerak sedang mengorek berita sensasi.
“Kawan akak, Kak Farisya kamu tu dah bertunang.” Tuturnya
senada.
“Wow! Baguslah tu. Sekarang tinggal akak je lah yang tak berpunya lagi.” Ujar Qhaleesya mengusik dan serentak...
“Shut up Leesya!” Bergabung suara Qaiser dan Qistina memenuhi ruang tamu.
*****
Pandangannya meliar memandang sekeliling ruang tamu. Semakin ramai tetamu lelaki memenuhi ruang kosong bagi melabuh duduk. Tetamu perempuan pula berkumpul di ruang tamu kedua yang terpisah hanya dengan laluan kecil yang sarat bergantung dengan frame gambar keluarga bapa saudaranya. Tok imam yang bakal mengetuai majlis doa kesyukuran sempena sepupunya yang sudah selamat bertunang pagi tadi sudah mengambil tempat. Kedengaran tok imam yang berjubah putih serta berserban memberi mukaddimah sebelum bacaan yaasin bermula. Senyum ditarik sebaik pandangannya bersatu dengan pak long yang duduk bertentangan dengannya.
Sebaik selesai bacaan yaasin dan doa selamat, para tetamu berpusu-pusu keluar untuk menjamu selera yang disediakan di anjung rumah. Kepelbagaian juadah disediakan walaupun setiap satunya hanya dalam kuantiti yang sedikit.
“Haa... Tuah. Pak long ingat kamu tak jadi datang dah.” Sapa Encik Faris merangkap ayah Nur Farisya.
Kepala yang tidak gatal digaru kasar. “Ingat pun macam tu lah. Sebab baru lepas habis terbang tadi. Ini pun terus datang sini. Baju pun tak sempat tukar.” Pak long membelek atas bawah seraya tergelak.
“Laa... baru pak long perasan baju kerja kamu. Dah lah pergi makan. Kamu pun mesti lapar, dah habis kerja terus datang sini.” Pelawa Encik Faris.
“Baiklah pak long. Tuah pergi dulu.” Encik Faris mengangguk sebelum menghantar susuk tubuh yang semakin hilang di sebalik tubuh-tubuh manusia yang bertandang. Tuah Mukhriz. Anak lelaki sulung adik perempuannya. Walaupun sudah bekerjaya, sifat sopan terhadap orang tua masih sebati dengan diri. Hasil didikan kedua orang tuanya sejak kecil.
“Bro!” Laungan berserta tepukan kuat di bahu memebantutkan niat nak menceduk bihun goreng ke dalam pinggan.
“Eh, kau der. Bila kau balik?” Soal Tuah ramah. Waseem memuncung.
“Kau ni. Patut tanya aku sihat ke tidak. Ini soalan tu jugak kau tanya. Macam dahi aku dah dicop sila tanya bila saya balik. ” Rungut Waseem.
Tuah mencebik sebelum mengamburkan tawa. “Dah kau tu pilot MAS. Bukan macam aku setakat pilot TUDM je. Mestilah aku kena tanya bila kau balik. Sebab sekali kau terbang, berhari-hari baru kaki tu jejak balik tanah tumpah darahku ni.” Berjela Tuah membalas. Waseem tergelak lepas sambil tangan mencapai pinggan polistrina yang tersusun di hujung meja.
“Yalah, yalah. Aku baru balik semalam.” Ujar Waseem mengalah. Tuah kembali menyambung ceduk bihun goreng yang masih panas di dalam tray.
“Eh, kau buat apa dekat rumah jiran aku ni Tuah?” Baru dia sedar. Seingatnya majlis Encik Faris yakni jiran sebelah rumahnya ni kecil-kecilan je. Ini sampai kawan satu sekolah menengah dengannya boleh dijemput, agak pelik bin ajaib.
“Ohhh... ni rumah pak long aku. Kira aku ni anak saudara dia lah.” Selamba Tuan membalas.
“Wahhh... tak sangka aku. Selama ni aku berjiran dengan saudara kawan baik aku rupa-rupanya. Hampeh sungguh.”
Tuah lantas tergelak. Pinggan yang sudah siap dengan juadah dibawa ke meja bulat yang masih kosong. Waseem membuntuti di belakangnya.
“Ini kau cuti berapa hari? Kalau free weekend ni nak ajak kau keluar. Lepaking.” Bihun disuap ke mulut.
“Hari ni habislah cuti. Weekend tu insyaAllah time rest aku. Sebab esok kena stand by. Lusa insyaAllah kena fly sampai Jumaat rasanya." Balas Waseem.
“Kalau macam tu, nanti mesej aku. Boleh set date dengan time. Sementara tengah single ni bolehlah lagi nak lepak-lepak.”
Waseem tergelak. “Kau tahu tak apa. Tu pun aku dah hampir-hampir melepaskan jawatan single and available ni gara-gara tersangkut dengan salah seorang pramugari tu.”
Terbeliak mata Tuah. “Kau serius?”
Kepala dijatuhkan berkali-kali. “Tapi nasib baik aku sempat selamatkan kembali sebab dia dah bertunang dan hujung bulan ni insyaAllah bakal jadi bini orang.” Lirih ayat terakhir Waseem.
“Kau kecewa ke?” Sepotong kuih lapis digigit separuh.
“Sikitlah.” Dan Tuah tanpa segan silu menghambur gelak.
Masing-masing khusyuk menikmati hidangan. Sesekali terselit beberapa persoalan tentang hidup dan kerjaya masing-masing. Mata Tuah meliar di segenap ruang khemah yang bertentangan dengan khemah lelaki yang dia dan Waseem bertenggek sekarang. Susuk tubuh berjubah merah hati dengan tudung yang terlilit kemas di kepala manarik perhatiannya.
“Tuah.” Panggilan Waseem tidak dihiraukan. Saat ini, wanita yang sedang diperhatikan lebih menarik perhatiannya.
Waseem yang sedar kawannya sedang tunak memandang khemah tetamu perempuan pantas berpaling. Dan dia turut terpaku.
“Qis!” Luahnya perlahan tanpa sedar.
*****
Berdepa-depa muncungnya dengan usikan yang tak sudah-sudah oleh Farisya. Sejak dari dia melangkah masuk ke rumah sehinggalah saat dia beratur
nak mengambil makanan, Farisya menyakatnya.
“Sya... dahlah. Penat aku jadi mangsa kau. Aku tahulah
aku ni bukan calon yang sesuai nak dibuat menantu.” Ujar Qistina mengalah.
“Eh, mana ada tak sesuainya. Kau tak tengok tadi, ramai mak cik-mak cik persoal aku siapa budak dekat sebelah aku ni. Siap ada yang cakap ni boleh bagi dekat anak mak cik sorang.” Semakin mengekek Farisya.
Mana dia tidak tahan. Tadi sewaktu Qistina tiba, wajah mendung mencuka mengalahkan asam boi. Siap merungut nanti dia kena tinggal sorang-sorang sebab dirinya bakal menjadi isteri orang. Namun sebaik selesai bacaan yaasin, berpusu-pusu kawan maknya mengelilinginya. Bukan menyoal perihal diri yang sudah di upkan status menjadi tunangan orang, namun kawan baik yang setia duduk disebelahnya dari mula majlis sehinggalah saat ini. Siap ada yang offer nak dibuat menantu kalau masih tidak berpunya.
“Kau ni Sya. Dah lah. Aku ni bukan barang tau orang senang-senang nak ambil, nak buang. Aku ni manusia. Ada hati dan perasaan. Kalau ye pun mak cik tu nak dibuat menantu tapi anak dia tak nak, tak guna jugak. Aku bukan nak kahwin dengan mak dia, dengan anak dia. At last yang nak merana nanti aku jugak tahu.” Jelas Qistina.
Memang dia sedikit teruja apabila disoal oleh mak cik-mak cik sebentar tadi. Sekurang-kurangnya dia tahu, dirinya layak untuk menjadi tulang rusuk seseorang. Namun, mengenangkan yang beriya-iya tu hanya stok mak cik-mak cik, lantas ditahan rasa hati untuk terus menaruh harapan. Yang nak kecewa nanti, dirinya jugak.
“Baiklah. Aku tak usik dah. Kau nak ni tak?” Ditunjukkan kuih tepung talam gula merah yang tersusun di dalam tray. Qistina jatuhkan kepala sebelum Farisya meneypit ke dalam pinggan polistrina yang dipegangnya. Pinggan Qistina sudah penuh dengan bihun dan kuew teow goreng yang dibahagikan separuh-separuh kerana berkongsi dengannya.
“Ramai jugak ek yang datang. Aku ingat sikit je.”
“Ini sikitlah ni. Jiran-jiran aku berapa keratlah sangat. Yang lain sepupu-sepapat, mak pak saudara aku yang tinggal dekat sini-sini ja.”
“Ooo... aku ingat ni semua jiran kau. Boleh tahan ramai saudara-mara kau.” Mata kembali ditebar ke segenap sudut khemah mencari-cari kerusi yang masih kosong untuknya dan Farisya. Senyuman ditarik sebaik terpandang beberapa kerusi yang masih kosong tersedia di meja bulat dihujung khemah.
Langkah diatur berhati-hati sambil diekori Farisya. Kerusi ditarik seraya melabuhkan duduk yang membuatkan dirinya bertentangan dengan khemah tetamu lelaki. Suapan bihun yang pertama terasa tersekat di celah saluran makanan apabila dua pasang mata dari dua jejaka yang berbeza sedang tunak memandang ke arahnya. Tanpa kelip.
******
Bunyi telefon yang tidak henti-henti di meja kopi di
ruang tamu lantas dicapai sebaik sahaja keluar dari bilik air. Tertera nama
Waseem di skrin.
“Assalamualaikum bro.”
“Waalaikumussalam. Kau baru land ke?”
Hari ini hari Jumaat. Setelah berhari-hari menanti panggilan dari Waseem, baru hari ini tercapai.
“Yup. Kau ni macam tahu-tahu je aku baru land. Skodeng ke apa?” Terhambur ketawa Tuah termasuklah gerangan yang bersuara.
“Dah kau sendiri yang cakap insyaAllah aku fly sampai Jumaat. Nampak benarnya kau baru landing.” Sepasang baju melayu hijau pucuk pisang ditarik keluar dari almari bajunya.
“Haha... aku ada beritahu ek? Aku sendiri lupa. Haa.. ni aku call nak tanya. Weekend ni jadi tak nak keluar? Kalau on aku nak qhada tidur aku siap-siap malam ni.” Ujar Waseem melawak.
“InsyaAllah jadi. Kan aku cakap aku ni single. Kalau tak keluar, terperap jelah aku dekat rumah ni sorang-sorang.”
“Okay. Nanti kau mesej aku time and place. Aku nak pergi masjid dah ni.”
“Ye, ye. Aku pun sama nak bersiap solat Jumaat ni. Jumpa nanti. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Talian terus dimatikan sebaik salam disambut. Baju melayu yang sudah siap digosok terus disarung ke tubuh dikemaskan dengan songkok di kepala. Kunci motor dan rumah dicapai lalu dimasukkan ke dalam poket sebelum langkah diatur ke pintu utama.
*****
Pokok buah tomato yang baru dua bulan ditanam disiram
dengan air. Begitu juga dengan pasu-pasu yang lain yang disusun sederet. Ada
pokok terung, cili padi dan sayur kailan. Kepalanya memanjang ke pintu pagar
apabila kedengaran salam dilaung dari luar.
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam. Kejap.” Pili air lantas ditutup manakala getah paip disangkut di kepala pili air.
“Laa... kau ke Sya. Masuklah.” Serentak mereka beriringan ke buaian yang jaraknya sekangkang kera dari pintu pagar.
“Aku ganggu kau ke?” Soal Farisya.
“Taklah. Cuma pelik kenapa kau datang? Nak minum tak? Jom masuk. Aku buat air.” Belum sempat Qistina bangun, Farisya lebih pantas menahan.
“Eh... tak payah. Aku datang ni pun nak ajak kau keluar. Tolong teman aku beli barang sikit untuk wedding aku nanti boleh?”
Qistina senyap seketika. “Bukan wedding kau lambat lagi ke? Tak silap aku lagi enam bulan kan?”
“Memanglah. Tapi takkan semua benda nak buat last minute. Ni alang-alang dah weekend ditambah pula semangat berkobar-kobar nak bershopping, aku nak belilah sikit-sikit barang. Tak adalah nanti benda ni tak cukup benda tu tak cukup. Lagipun, patutnya aku pergi dengan adik aku ni. Last minute baru dia cakap dia ada discussion. Bolehlah ek? Pleaseee....” Mendayu-dayu rayuan Farisya di pendengaran Qistina yang sudah tergelak kecil.
“Yelah. Tunggu kejap. Aku nak tanya papa aku. Jomlah masuk dulu. Karang aku dipersalahkan sebab menggelapkan kulit tunang orang.” Ujar Qistina melawak sebelum bingkas berlalu ke dalam rumah. Farisya hanya membatu di atas buaian. Lagipun dia tahu Qistina bukan mengambil masa yang lama untuk bersiap.
Elok je kaki melangkah ke anak tangga pertama, wajah Encik Johari dan Puan Faridah sedang elok tercangak di tingkat atas.
“Siapa yang datang Qis? Tadi mama dengar ada orang bagi salam.”
Kepala dijatuhkan. “Farisya. Dia ajak keluar. Dah alang-alang papa ada dekat sini, orang nak minta izin keluar. Boleh?”
“Nak pergi mana?” Soal Encik Johari ingin tahun.
“Dia ajak teman beli barang untuk wedding dia nanti. Patutnya adik dia yang temankan tapi cancel last minute. Tu yang dia ajak orang tu. Boleh tak papa?” Terang Qistina.
“Okay. Tapi jangan balik lambat sangat.”
Tangan diangkat separas kening. “Alright boss.” Laju langkahnya menapak ke bilik untuk menukar pakaian.
Tidak sampai sepuluh minit kelibat Qistina tersembul di muka pintu. Farisya yang seronok mengayun buaian terus berhenti.
“Dah siap dah?”
Angguk.
“Okay. Jom.”
Mereka berdua terus berlalu ke kereta Myvi yang tersadai di hadapan pintu pagar rumah.
*****
Minuman yang telah dipesan baru tiba. Lengkap sekali
dengan makanan yang masih panas setelah menunggu hampir setengah jam gara-gara
pengunjung yang semakin membanjiri ruang restoran. Dah nama pun weekend
ditambah pula waktu lunch. Memang penuh lah jawabnya.
“So, hari tu kau fly ke mana?” Tuah membuka bicara.
“Jepun.” Sepatah dibalas Waseem. Perut yang berkeroncong lebih utama dari berbual saat ini. Suapan pertama sudah selamat dimasukkan.
“Kau ni dari dulu sampai sekarang memang tak berubah. Asal lapar je, sepatah je lah yang keluar dari mulut kau.” Rungut Tuah. Sudah masak benar dengan perangai kawan dia yang sorang ni.
“Kau macam tak kenal aku. Bagi aku suap dua tiga lagi, dapat refill lima percent energy pun dah cukup untuk aku cakap banyak. Macam sekarang.”
Pecah terus tawa Tuah. Tidak dihiraukan pandangan pengunjung yang memenuhi restoran.
“Kau pulak Tuah fly ke mana?” Usik Waseem dengan soalan yang sama.
Tuah angkat penumbuk. “Kau tanya soalan yang munasabah sikit boleh? Aku nak fly ke mananya melainkan Malaysia tanah air tercinta ni. Dah nama pun Tentera Udara Diraja Malaysia. Of course I’m only serve to my own country.” Ujar Tuah bangga. Bertuah kerana terpilih menjadi salah seorang penjaga keselamatan negara yang juga merupakan cita-citanya semenjak kecil mengikut jejak langkah arwah ayahnya.
“Saja usik kau Tuah. Tapi aku musykillah.”
Kening Tuah dijongket tinggi. Mulut penuh dengan makanan.
“Dekat kem tu takkanlah tak ada yang menarik hati kau nak dibuat bini. Setahu aku lah kan, perempuan yang bekerja dengan tentera ni pun boleh tahan. Ada rupa, kerja yang confirm steady, tough pun iya jugak dah nama pun tentera. Tapi takkanlah satu pun kau tak melekat. Pelik.” Waseem berjeda. “Kalau aku kau jangan tanya kenapa aku masih single. Sebabnya aku dah explain semalam. Cinta tak kesampaian.”
Tersengih Tuah dengan kemusykilan sahabat.
“Aku tak nafikanlah apa yang kau cakap tu. Lagipun ada je orang yang nak dekat aku ni cumanya aku yang tak seberapa nak berkenan di hati.”
“Lorh... pulak dah. Asal? Bukan ke senang kalau kerja dekat tempat yang sama. Pergi kerja sekali, balik sekali. Paling untung dia sendiri dah faham skop kerja kau macam mana.” Balas Waseem.
“Memanglah. Tapi bagi aku tak seberapa nak sesuai nak dibuat isteri. Sosial sikit.” Akui Tuah jujur. Dia sendiri kadang-kadang kurang selesa dengan teman-teman sekerja yang berlainan jantinanya dengannya.
Kadang-kadang siap bertepuk tampar walaupun bukan dia yang menjadi mangsa. Namun, berbulu juga matanya melihat aksi yang kurang sopan itu.
Waseem mengangguk faham. “Betul jugak cakap kau tu.”
Masing-masing diam menghabiskan makanan masing-masing.
*****
Tiga tahun lalu.....
Motor ditunggang perlahan meredah traffic jam di awal
pagi. Waktu inilah peak hour. Orang nak hantar anak sekolahlah. Dengan
yang sibuk nak pergi kerja lah. Itu tak termasuk yang berlumba-lumba berjalan
kaki ke hentian LRT untuk mengelak dari terpaksa beratur panjang hanya kerana
sekeping tiket kertas.
Bunyi loceng basikal yang hanya beberapa meter di hadapan menarik perhatiannya. Kelihatan seorang budak perempuan berbaju kurung putih berkain biru gelap sudah terlentang di bahu jalan. Dua tiga orang sudah mengerumuni budak yang masih teresak-esak menangis. Lantas motor dilencong ke kiri bahu jalan sebelum dibrek. Tubuh dibawa menghampiri tempat kejadian namun lunak suara yang bersuara menggetarkan nalurinya. Membuatkan dia terpaku tanpa ada niat untuk meneruskan langkah.
“Adik okay tak ni?”
Tiada sahutan kedengaran. Mungkin hanya mengganguk mengiyakan dek kerana malu dan sakit yang bertandang.
“Eh, lutut adik berdarah ni. Sini akak tolong pegang beg ni.”
Tidak sampai seminit, suara itu kembali bersuara. “Adik pegang tangan akak ni. Bangun slow-slow.” Arahnya lembut.
“Encik, mintak tolong alihkan basikal budak ni boleh?” Pinta si gadis sopan. Seorang lelaki bert-shirt merah lantas menuntun basikal mengekori susuk tubuh gadis yang sudah berlalu ke kedai makan berhampiran.
Dan dia. Berdiri kaku di situ tidak bergerak. Mata hanya mengekori langkah kaki si gadis berbaju kurung biru laut dengan tudung senada. Perasaan hampa melanda dirinya. Hampir sepuluh minit terpacak di situ, hanya sipi-sipi wajah si gadis dapat dirakam di dalam kotak memori. Selebihnya, hanya Allah yang lebih mengetahui.
Kaki diatur kembali ke arah motornya yang tersadai di bahu jalan. Di dalam hati dia berdoa, semoga dipertemukan lagi dengan si gadis kerana separuh hatinya sudah dibawa pergi gara-gara suara lunak yang bersuara menolong budak sekolah tadi.
Elok punggungnya mencecah kerusi empuk di dalam ruang pejabat, hati tidak sudah menyumpah seranah diri sendiri. Geram kerana dia tidak langsung mengambil peluang yang sudah ada di hadapan mata dengan membantu budak sekolah tadi. Sekurang-kurangnya boleh dia melihat wajah si gadis dari terus tertanya-tanya siapa gerangannya. Perasaan menyesal mula bertandang di dalam dada. Dan saat itu dia bertekad, akan dicari pemilik suara itu walaupun dia terpaksa menunggu di bahu jalan setiap awal pagi.
*****
“Auch!”
“Kau dah pergi perang dekat negara mana dah?” Soal Waseem tiba-tiba.
Tuah terpinga-pinga. Tangan yang masih pedih dengan cubitan sahabat di hadapannya diusap-usap.
“Perang apanya?”
“Dekat sepuluh kali aku panggil nama kau. Boleh kau buat pekak. Tersengih-sengih mengalahkan kerang busuk.” Waseem merengus. Tuah menggaru-garu kepala yang tidak gatal seraya tersengih malu.
“Sorrylah. Mengelamun tadi.”
Waseem mencebik. “Kau dah ke belum ni? Jom cuci mata jap.” Sengih ditarik lebar.
“Dah. Jom. Amboi kau sempat lagi nak cuci mata. Tu nak cari isteri ke lampin pakai buang tu?” Sindir Tuah.
“Cari isteri. Yang tu.” Jaru telunjuk diangkat tepat ke arah susuk tubuh yang berdiri membelakangkan mereka berdua. Seorang berblouse bunga-bunga dengan seluar slack. Sorang lagi berjubah biru turquoise bertudung putih.
*****
Tangan kiri dan kanan dah naik kebas menjinjit beg kertas
yang terisi pelbagai jenis barang. Dan yang paling sadisnya, semua itu barang yang diborong Farisya.
“Wei Sya. Dah nak tercabut tangan aku ni pegang barang kau.
Banyak gila kau shopping. Tak nak balik lagi ke?” Sejak setengah jam yang lalu
Qistina menyoal soalan yang sama dan Farisya hanya buat pekak. Yang dia tahu
setiap satu kedai yang ada dalam mall ni kena jejak. Bukan selalu dia keluar bershopping.
“Kejap lah. Ni last kedai okay?” Pujuk Farisya.
Qistina menjeling ke atas.“Dah dekat setengah jam kau cakap last kedai. Tapi aku rasa makin banyak last kedai kau lagi adalah.” Protesnya lagi.
Belum sempat kaki melangkah masuk, sapaan suara garau dibelakang mereka membantutkan langkah.
“Hai cik adik.” Tersengih-sengih lelaki berkemeja kotak-kotak hitam putih dengan jeans lusuh yang tersarung di tubuh.
“Eh, Waseem. Ha... abang Tuah pun ada sekali.” Ujar Farisya sedikit terkejut. Tidak disangka dapat berjumpa dengan anak jirannya di sini dan juga abang sepupunya.
“Laa... kau ke Sya. Aku baru ingat awek mana tadi. Lingkup plan aku nak cuci mata.” Waseem menjuling mata ke atas. Tuah di belakangnya dah menekup mulut menahan ketawa. Qistina masih tiada riak hendak memberi respon manakala Farisya sudah menghambur tawa.
“Tu lah. Niat dah salah. Awal-awal lagi Allah dah halang niat kau.” Ujar Farisya melawak. Qistina merapatkan tubuh ke arahnya sebelum berbisik. “Ni siapa?”
Farisya yang baru tersedar Qistina disebelahnya tersentak. Terlupa yang dia berteman hari ni.
“Tapi kalau nak mengorat yang sebelah aku ni, insyaAllah boleh lagi. Sebab still single and available. Tak gitu Qis?” Qistina merenung tajam Farisya disebelah. Tidak selesa dengan gurauannya.
Tuah Mukhriz di sebalik tubuh Waseem masih setia memerhati kedua-dua wanita di hadapannya. Mendengar nama yang disebut dari Farisya serta-merta ingatannya melayang majlis seminggu yang lepas. Nama yang turut lahir dari bibir Waseem.
“Sya tak nak kenalkan dengan abang ke?” Usik Tuah. Nak jugak dia berkenalan dengan gadis separas lehernya ini.
“Eh, abang Tuah pun nak berkenalan jugak ke. Wah... Qis. Untung kau hari ini. Dua jejaka terus nak mengorat kau ni.” Tanpa dapat ditahan, Qistina menampar kuat lengan Farisya sampai mengaduh dibuatnya.
“Usik sikit je pun." Farisya mencebik. "Ha.. Qis, ni jiran rumah aku. Anak mak cik Nah yang cakap nak buat kau menantu dia minggu lepas. Encik Waseem.” Waseem menunduk sedikit tanda berkenalan. Qistina tersenyum segaris.
“Hai, saya Waseem.”
“Haa... yang ni pulak abang sepupu belah ayah aku. Abang Tuah Mukhriz.”
Tuah hanya senyum segaris yang kemudian dibalas Qistina.
"Abang Tuah, Waseem. Ini kawan baik Farisya, Balqis Qistina." Ujar Farisya. Terangguk-angguk kedua-dua jejaka di hadapan mereka.
“Ni shopping apa Qis? Banyak beg.” Soal Waseem ramah. Membeli hati wanita yang sudah lama dia perhati sejak beberapa bulan lalu.
“Errr... bukan Qis. Sya ni ha.” Ujar Qistina malu-malu. Dia sendiri masih segan dengan dua jejaka di hadapannya.
“Okaylah Waseem, abang Tuah. Kami mintak diri dulu. Dah lama sangat berjalan dalam mall ni. Nak patah kaki.” Ujar Farisya mengundur diri. Lagipun dia sedar Qistina sudah tidak selesa dengan suasan tu.
“Okay. Drive elok-elok.” Ujar Waseem sambil matanya melirik wajah kuning langsat Qistina. “Qis pun sama. Jalan tu slow-slow. Jatuh bangun sendiri.” Guraunya lagi.
Qis menunuk malu. Segan dengan gurauan Waseem. Nak-nak sedari tadi dia perasan Tuah leka merenung wajahnya sebaik sahaja Farisya menyebut nama penuhnya.
“Pergi dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Serentak Waseem dan Tuah menjawab.
Tuah berpaling mengahadap wajah Waseem disebelah. Senyuman yang terukir di wajah Waseem masih tidak surut-surut. Nampak sangat dah sahabatnya angau dengan si gadis yang bernama Qistina tu.
Ditampar lengan Waseem kuat. “Adoi!!”
Waseem menjeling tak puas hati. “Apa kau ni? Tampar tangan aku tak agak-agak. Dah lah tangan kau tu cop tentera. Kasar. Pedih tahu tak.”
Tuah tergelak. “Itu namanya payback.”
“Payback apanya. Naik berbirat tangan aku ni. Kau tengok.” Ditunjukkan tangan yang sudah semakin memerah. Tuah gelak lepas.
“Sorrylah bro. Aku ingat dah slow aku tampar tadi.”
Waseem mencebik. Langkah mereka berdua diatur ke kedai F.O.S. yang beberapa meter di hadapan.
“Yang kau tenung anak dara orang sampai tak mahu lepas tu kenapa?” Soal Tuah ingin tahu.
“Kau perasan ek?” Ujar Waseem malu-malu.
“Butalah aku kalau benda yang kecik macam tu aku tak perasan.”
“Kalau kau nak tahu itulah buah hati back up plan aku.”
Terpinga-pinga Tuah Mukhriz. “Back up? Hoi, kau ingat ini plane ke apa yang siap ada back up plan kalau emergency case. Ni manusia lah der.”
“Aku tahulah.” Sengih ditarik. “Tapi dia manusia atau paling tepat gadis kedua yang berjaya menambat hati aku ni selepas pramugari tak jadi tu.” Waseem membela diri.
“Kau kalau nak cakap dia tambat hati baru beberapa minit
yang lepas. Kau lupakan je lah. Bukan aku tak tahu, hati kau tu macam lalang.
Sekejap je berubah arah.” Tuah memberi amaran.
“Kali ini aku serius.” Ujar Waseem. “Kau tengok muka aku ni. Aku tak gelakkan? And I’m totally serious with that girl. Bukan beberapa minit lepas. Tapi dah berbulan.” Ujarnya selamba. Membongkar rasa hati.
“What? Bulan?" Naik seoktaf suara Tuah Mukhriz. "Tengok. Nampak sangat perangai lalang kau tu. Baru seminggu lepas kau cakap pasal pramugari tak jadi. Hari ni kau cakap pasal budak Qis tu pulak. Dah tu sampai berbulan-bulan. Kau ni suka dua orang dalam satu masa ke bro? Dah cancel sorang, kau move on dengan lagi sorang. Kau jangan nak main-mainkan perasaan anak dara orang lah Seem.” Bebel Tuah.
Waseem berhenti melangkah. Panas telinga dengan telahan Tuah yang langsung tidak berasas. Dia sendiri ada adik perempuan. Of courselah dia tidak akan mempermainkan perasaan anak dara orang.
“Okay. Fine. Biar aku story dari mula.” Dibawa langkah menghampiri kerusi yang tersusun di tengah-tengah mall.
“A year ago, aku memang suka dengan perempuan pramugari tu. After three months, dia pun cakap dia dah nak betunang dengan someone yang aku sendiri tak kenal. FYI, pramugari tu tak tahu aku suka dia. Senang cakap aku bertepuk sebelah tangan. Faham.”
Tuah angguk. “Dah tu, bila masa kau jumpa si Qistina tu pulak?”
“Two months after that. Time tu aku dekat laman rumah aku tu lah. Tengah lepak-lepak. Tiba-tiba aku dengar si Farisya tu seronok bergelak ketawa dengan someone yang buat hati aku eager nak mampus nak tahu siapa punya gerangan empunya suara. So aku pun usyar lah dari luar pagar rumah Farisya. Dan, aku nampak dia. Tapi waktu tu aku tak tahu lagi nama penuh dia. Aku just tahu nama dia Qis sebab aku dengar Farisya panggil macam tu. Tadi baru aku tahu nama penuh dia.” Jelas Waseem panjang lebar.
“Ceh... patutlah minggu lepas aku dengar kau sebut Qis.”
Waseem terpempan. “Aku sebut nama Qis? Bila?”
“Masa kita tengah makan dekat rumah pak long aku. Yang kau panas hati sebab aku merenung someone dalam khemah perempuan tu.” Balas Tuah.
“Ohhh... kau dengar ek? Aku ingat aku sebut dalam hati ja. Haa... baru aku ingat. Kau tenung siapa sampai tak lepas malam tu?”
Tuah tergelak perlahan. “Entah. Aku tak kenal pun siapa dia. Muka pun aku nampak samar-samar je sebab lampu tak cukup terang. Tapi yang aku ingat dia pakai baju warna merah hati. Tu je.”
Waseem tersentak. Takkanlah Tuah pun merenung Qistina malam tu. Kerana masih tersemat diingatannya yang Qistina berbaju seperti yang dikatakan Tuah. Mengenangkan penjelasan Tuah yang sendiri tidak jelas dengan wajah yang ditenung, dia menarik nafas lega. Orang lain rasanya sebab disebelah meja yang diduduki Farisya dan Qistina malam itu, seorang wanita muda berbaju warna sama sedang enak menjamu selera.
******
Wajahnya diraup berkali-kali. Terjaga dari mimpi yang
sama saban malam membuatkan jantung berdegup tidak seindah irama. Bibir
melafazkan istighfar berkali-kali. Mengharapkan mimpi yang hadir hanya
permainan syaitan laknatullah.
“Kalau macam ni hari-hari, memang tak lama aku masuk batu dua jawabnya.” Tangan diusap-usap ke dada menenangkan jantung yang lincah berdegup tidak memikirkan tuan. Tapi syukur tetap terlafaz di hati kerana Allah yang mengawal setiap nadinya. Jika dia sendiri yang mengawal, tak kemanalah dia. Asyik berfikir nak degupkan jantung sebab nak hidup untuk saat-saat yang seterusnya.
Tangan diangkat lalu ditadah separas dada. Memohon doa kepada yang Esa.
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah ya Tuhanku. Sesungguhnya hidup matiku kuserah padaMu. Hanya Engkau yang lebih berhak terhadap diriku. Hanya kepadaMu aku berserah. Aku mohon padaMu, lindungilah aku dari helah syaitan yang terlaknat. Lindungilah aku dari manusia yang penuh hasad dengki terhadapku. Dan lindungilah aku dari setiap satu perkara yang boleh memudaratkan aku. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku berserah.”
Doa yang ringkas diakhiri dengan selawat ke atas Nabi junjungan sebelum diaminnkan.
Tubuh kembali berbaring ke atas tilam. Namun, mata terasa segar setelah dikejutkan dari mimpi yang kerap menghuni tidurnya saban hari semenjak beberapa bulan yang lepas. Mimpi yang sama. Hanya sebuah motosikal dengan seseorang yang bersusuk tubuh agak tegap membelakanginya. Namun, sebaik tubuh itu ingin berpaling dia terus tersedar dari mimpi. Di sudut hati teringin dia melihat wajah yang misteri menghuni hatinya, namun sebahagian hatinya seolah-olah melarang dari dia terus menaruh harapan.
Mata yang mula dihurung rasa kantuk yang semakin memberat perlahan-lahan terpejam rapat.
*****
Waseem yang bersandar di sofa melunjur kakinya yang sudah kebas mengatur sila. Puan Asnah yang baru pulang dari pasar tani dikerling sekilas.
“Tak keluar ke Yim?” Soal Puan Asnah.
“Tak kot mummy. Nak rehat puas-puas hari ni. Dan melantak everything yang mummy masak.”Guraunya.
“Karang badan naik jadi tembun marah dekat mummy pulak. Nak makan apa hari ni?”
“Eh, mummy! Tadi gaya cakap tak nak bagi anak mummy ni makan je. Ni boleh tanya Yim nak makan apa.” Usiknya yang sudah membuntuti Puan Asnah ke ruang dapur.
“Ishy budak ni. Kita usik dia, dia usik kita balik. Cepatlah. Lambat order, lambat lagilah nak makan.” Puan Asnah buat-buat marah.
“Haha. Mummy ni bila merajuk makin awet muda Yim nampak.” Giatnya lagi. “Mummy masak kari ayam boleh?”
“Lain?”
“Ermmm.... sayur kailan ikan masin. Tu je.”
“Okay.” Cekap tangan Puan Asnah menyusun barang basah dan kering yang dibelinya ke dalam peti ais dan kabinet dapur.
“Haa.. lupa pulak mummy. Nanti kenduri anak pak cik Faris sebelah ni Yim pergi tak?” Soal Puan Asnah tanpa memalingkan muka.
Waseem diam berfikir. “InsyaAllah pergi. Tapi the whole week before wedding day tu Yim kena fly. Kira tak boleh nak pergi tolonglah jawabnya.” Balasnya padat. Bukan dia sengaja memadatkan jadualnya untuk tidak menghadirkan diri untuk majlis rewang di rumah Encik Faris sempena majlis perkahwinan Farisya yang hanya tinggal lagi sebulan lebih. Tapi jadual yang berbulan-bulan awalnya siap sudah disetkan sedemikian rupa. Nak dicari pengganti susah pula. Menyusahkan orang lain pun ada. Lainlah kalau itu hari perkahwinannya. Memang dia sanggup merayu untuk menukar jadualnya.
“Tak dapat tolong tak apa. Yang penting hari kenduri tu yang muncul.” Ayam yang sudah siap dipotong dimasukkan ke dalam besen untuk dibersih sebelum dimasak.
“Baru mummy teringat. Masa si Farisya tu bertunang, dia ada bawa kawan dia. Sopan je mummy tengok.”
Waseem sudah dapat meneka niat Puan Asnah. “Aih mummy. Tu tak lain tak bukan nak cari calon untuk Yim lah tu, kan?” Tebaknya.
Kailan yang sudah siap dibasuh diletak di hadapan Waseem. “Tolong mummy potong sayur ni. Kamu yang nak makan, jadi sila ringankan tulang ya.” Arah Puan Asnah tidak menjawab tebakan si anak.
“Tapi betullah tu Yim. Calon yang terbaik untuk dibuat menantu mummy. Wajah bujur sirih. Sedaplah mata mummy ni tengok. Kalau kamu berkenan, mummy nak pergi merisik dia untuk kamu. Lagipun si Farisya tu cakap kawan dia tu single lagi.”
Waseem terngadah. “Amboi mummy. Cakap macam Yim dah kenal budak tu. Nama pun tak tahu apatah lagi tengok muka. Mummylah.” Dia mencebik.
“Nama dia Qistina tak silap mummy.”
“Auch!” Darah merah menitik di papan pemotong. Bingkas dia bangun menuju ke sinki.
“Ya Allah. Mummy suruh potong sayur bukan potong jari. Kamu ni lah Yim.” Waseem tersengih-sengih.
“Yang sampai terpotong jari tu kenapa? Mengelamun.” Jari anak yang masih berdarah dilap dengan tisu dapur. “Dah sudah. Duduk situ. Nasib baik suruh potong sayur. Kalau suruh buat benda lain dah berapa banyak jari nak kena potong.” Bebel Puan Asnah.
“Hehe. Sorry mummy. Terkejut.” Jedanya. “Tadi mummy cakap nama budak tu apa?” Soalnya ingin mendengar nama yang lahir dari bibir Puan Asnah adalah tidak salah.
“Qistina.” Sepatah Puan Asnah menjawab.
“Kalau macam tu, mummy pergilah merisik dia. Yim on je.” Sengihan lebar sudah tersungging di bibir. Puan Asnah pula yang tergamam. Melihat sengihan dari raut wajah si anak, dia sedar ada rahsia yang disembunyikan Waseem.
“Cuba explain dekat mummy kenapa sengih macam kerang busuk tu?” Pancing Puan Asnah. Waseem yang menyedarinya dirinya kantoi pantas berlalu dari ruang dapur. Namun, belum sempat susuk tubuh itu lesap disebalik dinding kepalanya dijengulkan sedikit.
“Because I fall in love with her!” Ujarnya senafas lalu tergelak besar. Puan Asnah dah tersenyum lebar apabila lampu hijau sudah diberi oleh si anak.
*****
Balqis Qistina termenung di atas buaian walaupun jam
sudah menginjak ke angka sembilan. Kepala otak masih mencerna bait-bait ayat
yang dilontarkan oleh Puan Faridah petang tadi.
Kaki diatur
ke ruang tamu. Beg laptop yang tergalas di bahu kiri diletakkan di atas meja.
Badan disandar ke sofa melepaskan lelah di dada. Penat seharian dengan
mesyuarat yang tidak sudah dari pagi sehingga ke petang. Dari satu department
ke satu department yang lain.
Puan Faridah menatang dulang yang berisi segelas air lalu disuakan kepadanya.
“Penat Qis?”
“Sangat. The most hectic day ever. Macam nak pecah otak ni.” Diurut pelipis dahi yang berdenyut-denyut.
Puan Faridah tersenyum mendengar omelan anak daranya. “Ni mama nak cakap sikit. Tapi Qis jangan terkejut pulak.”
Qistina membetulkan duduk sambil mencapai gelas yang berisi air suam. Minuman kegemarannya.
“Tengah hari tadi ada orang datang merisik Qis.” Senafas Puan Faridah menuturkan.
Qistina hampir tersembur air yang baru dua kali diteguk. “Hah?! Mama cakap apa? Ada orang merisik? Siapa?”
“Jiran Farisya. Waseem. Anak mak cik Asnah. Yang tegur Qis masa majlis kesyukuran dekat rumah Farisya dulu tu.” Faridah mencuba mengimbau kenangan berbulan-bulan yang lalu.
“Serius mama? Tapi... orang macam tak ready lagi lah mama. Lagipun mama sendiri tahukan... yang... ermm... pasal mimpi orang tu. Sekarang ni semakin kerap pulak mama.” Ujarnya siap mengingatkan Puan Faridah pasal mimpi yang saban hari menjadi tontonan wajib dalam tidurnya.
“Ye mama tahu. Tapi Qis sendiri cakap yang tu mainan mimpi. Kenapa nak hold yourself for something yang Qis sendiri tak tahu wujud atau tidak lelaki misteri tu? Yang ada di hadapan Qis sekarang adalah realiti. Yang wujud dengan pasti dalam kehidupan Qis. Jadi mama mohon dekat Qis pertimbangkan suratan yang terentang di hadapan Qis sekarang. Kalau hati Qis masih was-was, minta petunjuk dari Allah. Semoga Allah tunjukkan hati Qis kepada kebenaran dan ditetapkan hati serta redha dengan setiap ketentuan tu. Ingat pesan mama ni, everything yang berlaku dalam hidup Qis tu semua takdir. Bukan kebetulan.” Puan Faridah menutup bicara sebelum berlalu. Meninggalkan dirinya terkulat-kulat seorang diri.
“Fikirkan apa tu Qis?”
Lunak suara perempuan yang sudah terpacak di hadapannya menariknya keluar dari perbualan petang tadi.
“Kak long. Terkejut orang.”
Syifaa’ merangkap kakak iparnya hanya tersengih sumbing. Punggung dilabuhkan di sebelah Qistina.
“Qis tak jawab soalan kak long lagi.”
“Sorry.” Nafas dihela berat. “Tak tahulah kak. Tengah fikir pasal hal merisik tu.” Akuinya jujur.
“Kenapa? Qis suka orang lain ke? Atau sebab Qis tak kenal sebetulnya orang tu siapa?”
Qis menggeleng perlahan. “Entah. Orang sendiri tak tahu nak cakap macam mana kak. Nak kata suka orang lain, mana ada. Nak cakap tak kenal orang yang datang merisik tu, orang tahulah dia jiran Farisya. Pernah terserempak masa keluar dengan Sya dulu. Itu je. Orang pun pelik. Tang celah mana si Waseem tu boleh suka dekat orang sedangkan baru jumpa dia sekali je.”
Syifaa’ tergelak. “Lelaki ni lain Qis. Kadang-kadang yang sekali dipandang tu lah yang buat dia jatuh cinta separuh nak mati. Macam akak dengan abang long kamu.” Syifaa’ tersenyum malu apabila mengimbau perkenalannya dengan suami suatu ketika dahulu. Suami dia dulu lima kali hantar rombongan meminangnya dan setiap kali itu dia akan menolak kerana takut dengan sikap lelaki itu yang begitu obses dengan dirinya. Namun, akhirnya dia setuju menerima pinangan itu dan kini sudah selamat menjadi suaminya.
Qistina ketawa kecil. “Abang long tu over. Angau
melampau.” Kutuknya tanpa sedar.
“Hello. Tolong sikit. Qis kutuk suami akak tu.” Tegah Syifaa’.
“Amboii.. sayang suami nampak.” Usik Qistina.
“Dah. Jangan nak melencong. Ni kita tengah cerita pasal Qis. Tadi mama ada cakap dekat akak pasal mimpi Qis tu. Nak share dengan akak tak?” Pancing Syifaa’.
Qistina memuncung bibir. “Tapi janji jangan gelak okay? Sebab masa orang cerita dekat mama dengan papa dulu, tak habis-habis nak menyakat orang. Leesya dengan achik pun sama gelakkan orang juga.”
Syifaa’ mengangkat tangan separas bahu. “Okay. I’m promise.”
Nafas ditarik dalam sebelum membuka cerita. “Actually mimpi ni dah lama. Cuma orang tak ingat bila. Tapi few months back, mimpi tu datang balik. Masa first time dapat mimpi tu balik, orang just fikir yang tu mungkin just mainan tidur. Iyelah kan. Dah pernah dapat mimpi yang sama. Tapi... mimpi tu semakin kerap. Dari seminggu sekali dia jadi selang dua tiga hari. And the worst is sekarang everyday dapat mimpi yang sama.” Keluhan dilepas berat.
“Qis mimpi apa?”
“I don’t know lah akak. Yang orang nampak seorang lelaki yang agak tegap membelakangi orang. Yang sadisnya setiap kali lelaki tu nak berpaling, mesti orang terjaga dari tidur. Sampai ke sudah tak tahu tu siapa.” Lirih suara Qistina.
Syifaa’ menagngguk faham. “Takkan tak nampak dia pakai baju warna apa? Anything that can give you more precise clue.” Soalnya ingin tahu lebih mendalam.
“Dia ada pakai. Tapi orang tak sure colour apa. Macam putih ada. Kelabu pun ada. Kadang-kadang macam warna kusam. Seriously akak orang have no idea who the guy is. Dan dia naik motor. Tapi tu pun sama jugak. Tak tahu motor apa yang dia pakai. Samar-samar je. Kadang-kadang macam nak ugut orang tu suruh tunjuk muka.” Terus terhambur ketawa Syifaa’ dengan cadangan tak seberapa nak cerdik Qistina.
“Okaylah. Sekarang akak nak tanya, pernah buat istikharah? Penah berdoa mintak Allah tunjuk muka orang tu?”
Qistina jatuhkan kepala. “Bukan everyday akak. Every single moment I really hope yang orang akan dapat jugak lihat wajah dia tu. Bukan nak pergi bunuh or ancam dia. Just nak tenangkan hati ni.” Ditepuk-tepuk dadanya. “Orang tak peduli kalau dia tu suami orang or tunang orang sekalipun. But at least jangan seksa orang macam ni. Sakit bila asyik mimpi yang sama tapi tak tahu entah wujud ke tidak orang tu.” Luah Qistina sayu. Syifaa’ lantas memeluk bahu adik iparnya erat. Ditepuk-tepuk perlahan.
“One advice from me. Ask for His guidance. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk Qis. Lagi satu ingat, Allah yang pegang hati hamba-hambanya. Bila berdoa, mintak dengan sungguh-sungguh. Bayangkan apa yang ingin diminta dengan penuh rasa hina dan penuh rendah diri. Kita sebagai hamba kena tunjuk kita ni ada ciri-ciri seorang hamba. InsyaAllah one fine day Allah akan makbulkan. Kalau tak dekat dunia, Allah bagi dekat akhirat sana. Yang pasti Allah tu tak pernah memungkiri janji.” Panjang lebar Syifaa’ memberi nasihat. Menenangkan hati yang gundah gulana adik ipar dengan risikan si teruna untuknya.
“Thank you akak. Sanggup dengar luahan hati orang malam ni.”
“No probs dear. By the way, baru akak teringat. Tadi Qis ada cakap pasal dia pakai baju nak putih ke kelabu macam tu kan?”
Qistina mengangguk laju.
“Tadi mama ada cakap yang Waseem tu pilot. So, I think he might be the guy.” Ujar Syifaa’ sebelum melangkah masuk ke rumah dan Qistina terpempan.
“Ini ke jawapan yang Kau nak tunjukkan untukku ya Allah?” Desisnya.
*****
Setiap hari, seawal 6.45 pagi, dia sudah menunggu di bahu jalan yang berhadapan dengan deretan pelbagai jenis kedai. Paling banyak kedai makan. Hatinya sentiasa berharap yang si gadis berbaju biru yang dia pernah jumpa beberapa hari lepas akan lalu di bahu jalan ini buat kali kedua. Namun sehingga hari yang kesembilan, jangankan tubuh, bayang-bayang pun tak nampak.
Sebahagian hatinya menyuruh dia terus-terusan menunggu di sini. Sebahagian lagi menyuruh dia melupakannya. Namun, dia memilih untuk mendengar bisikan hati yang pertama kerana itu yang pertama kali terlintas sewaktu dia bertekad ingin mencari gerangan si gadis.
Pap!
Dahi ditampar kuat.
"Apa ke bengap kau ni? Kau lupa ke perempuan tu bawak budak yang jatuh tu ke kedai mamak dekat hujung corner tu?" Perasaan marah kepada diri semakin menguasai hati. Terlupa dengan tindakan si gadis yang membawa budak tu ke kedai mamak di hujung deretan kedai.
Kaki lantas menapak laju. Salah seorang pekerja yang sedang bersenang-lenang dihampiri.
"Abang! Ada kenal tak itu perempuan yang tolong budak jatuh basikal tempoh hari?"
Berkerut-kerut dahi si pekerja yang bert-shirt biru gelap. "Ohh... itu perempuan baju kurung biru tu ah?"
Kepala dijatuhkan.
"Tara kenal. Cuba tanya itu orang dekat kaunter. Dia banyak kenal orang dekat sini." Cadang si pekerja.
Kaki diatur menuju kaunter bayaran.
"Abang, saya nak tanya boleh?"
"Tanya apa?"
"Abang ada kenal perempuan baju biru yang tolong budak jatuh depan simpang tu minggu lepas?"
"Ohh... itu budak ya. Ingat. Kenapa?"
"Kenal tak?"
"Tak kenallah. Tapi itu perempuan kerja dekat kedai alat tulis. Deret kedai sana. Satu kedai je." Terang pekerja tersebut.
Bibir melempar senyum. "Terima kasih abang."
Dan terus dia berlalu meninggalkan kedai mamak.
*****
Telefon yang berdering sedari lantas dicapai. Disentuh ikon
answer call lalu ditekap ketelinga.
“Assalamualaikum.” Kedengaran suara wanita di talian. Senyuman ditarik selebar mungkin.
“Waalaikumussalam. Umi sihat?”
“Amboi... kredit tak top up ke sampai tak reti nak call umi?” Puan Hasyimah menyindir lembut anak teruna sulungnya.
“Hehe. Bukanlah umi. Sekarang ni musim terbang ke sana ke mari. Hari ni pun sama. Terbang sampai ke Pahang. Bagi bantuan dekat perkampungan orang asli sana.” Tuah memebetulkan duduk di atas sofa. Kaki yang bersila dilunjur ke bawah. “Umi tak jawab lagi soalan Riz.” Soal Tuah Mukhriz yang lebih sinonim dengan nama Riz di kalangan ahli keluarganya dek kerana semua adik-adiknya berawalan Tuah.
“Umi sihat je. Kamu tu yang umi risau. Makan cukup ke tidak. Demam ke sakit ke. Umi suruh kahwin biar ada orang jagakan kamu, mentah-mentah kamu tolak. Ke kamu ni memang tak nak kahwin Riz?” Keluh Puan Hasyimah.
Tuah Mukhriz menarik sengih. “Ishy umi ni. Ada pulak cakap Riz tak nak kahwin. Nabi tak mengaku umat kalau Riz cakap macam tu. Riz ada je hati nak kahwin cuma tengah menunggu yang betul punya.”Ujarnya beralasan.
“Kalau menunggu jawabnya sampai ke sudah umi tak dapat menantu Riz. Adik perempuan kamu ni pun siap tunjuk calon dengan umi dah. Kamu yang sulung tu jangankan tubuh bayang pun tak nampak.”
Pecah tawa Tuah. “Fulamak umi. Tuah Riana dah ada calon menantu lelaki sulung untuk umi. Dahsyat dia. Kalah along dia ni.”
“Haa.. sedar pun. Ni umi call nak tanya rewang rumah pak long Faris nanti pergi tak? Umi seminggu berkampung dekat sana. Yang Riana, Rafiq dengan Raihan pun ikut sekali.” Soal Puan Hasyimah ke persoalan utama.
“Ohh... yang tu. InsyaAllah Riz pergi tapi dua tiga hari before hari akad nikah tu lah. Sebab kena terbang pergi Sabah pulak awal minggu tu. Lepas tu baru Riz pergi sebab dah apply cuti. Cuma...” Tuah berjeda seketika.
“Cumanya apa?”
“Masa hari kenduri tu Riz ada sekejap je. Petang tu kena terbang balik sebab dah tak ada orang nak ganti.”
Puan Hasyimah mengeluh lemah. “Yalah, yalah. Tapi yang
penting kamu tunjuk muka. Nanti tak adalah time kenduri kamu semua orang tak
nak tolong.”
“Baik umi. Riz faham.” Tuah akur.
“Dahlah. Umi pun dah mengantuk ni. Kamu tu tidur awal sikit. Esok kerja kan?” Soal Puan Hasyimah.
“A’ah. Good night umi. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Puan Hasyimah menyambut salam sebelum talian diputuskan.
Tidak sampai sesaat telefon di tangan kembali berdering. Tanpa melihat nama pemanggil terus ditekap telefon ke telinga setelah butang answer call disentuh.
“Ye umi. Ada apa-apa lagi pesanan?”
“Kepala hotak kau umi.”
Laungan suara di sebalik talian membuatkan Tuah Mukhriz tersentak.
“Hello. Siapa ni?” Soal Tuah setelah dia pasti suara lelaki yang menelefonnya.
“Wei bro! Kau cuba tengok skrin kau. Nama siapa yang tertera dekat atas tu.” Arah si pemanggil.
Tuah membelek sebaris nama yang cantik terpampang di dada skrin. Bibir dijuihkan sedikit.
“Ceh... kau ke Seem. Aku ingatkan umi aku.”
“Apa ke pasal pulak kau ingatkan aku umi kau? Jauh beza umi dengan Waseem.” Protes Waseem.
“Dah sebelum kau call, aku tengah bergayut dengan umi aku. Elok je off call, terus ada call baru masuk. Aku ingatkan umi aku lah. Mana tau dia terlupa pesan apa-apa ke.” Ujar Tuah menutup malu.
“No wonder aku call engage memanjang. Bergayut rupanya. Haa... ni aku nak inform dekat kau. Mummy aku dah pergi merisik cik Qistina tu.” Ujar Waseem ceria. Jelas kedengaran nada suara yang tengah gembira tak terkata.
“Kau serius bro?” Soal Tuah tak percaya. Tidak disangka sahabatnya memang serius dengan Qistina merangkap kawan baik sepupunya.
“Of courselah. Kau ingat tak masa kita jumpa dia dulu dekat mall, Sya ada sebut pasal mummy aku nak buat dia jadi menantu?”
“Ingat. Dah tu?”
“Hari tu mummy tanya aku pasal dia. Mummy aku cakap kalau berkenan dia nak pergi merisik. Mula-mula aku nak bantah sebab aku tak tahu siapa. Elok je mummy aku sebut nama dia, terus terhiris jari aku dibuatnya.” Terang Waseem ringkas.
“Hah?! Apa kaitan nama dia dengan hiris jari kau?” Tuah pelik. Apasallah tak logik cerita si Waseem ni. Mimpi ke mamun budak ni.
“Waktu tu tengah tolong mummy aku potong sayur. Dah aku terkejut dengar nama dia tak pasal-pasal terhiris sekali jari aku.” Waseem tergelak kecil mengingatkan peristiwa menghiris jari sendiri.
“Dahsyat penangan budak tu sampai kau terhiris jari.” Tuah dah pecah ketawa. Terbang rasa mengantuk yang menjamah mata sebentar tadi.
“Itulah. Last-last aku terus je setuju dengan mummy aku tu. Sekarang tengah tunggu jawapan adik manis tu je.”
Tuah mencebik. “Angau nampak.”
"Nak buat macam mana. Eh, lupa pulak aku. Kau ni sibuk tak? Sorry dah half way baru tanya.”
Tuah mencapai remote control televisyen lalu punat on/off ditekan. Serta-merta skrin terus terpadam.
“Tak sibuk. Tadi baru lepas solat isyak. Ni mata segar balik dengar cerita kau hiris jari sendiri.” Waseem pecah ketawa. Tuah pun turut sama tergelak.
“Tahu tak pa. Der, kau doakan aku supaya aku selamat dengan dia ek? Sungguh aku serius kali ni. Tak main-main. Lagipun umur aku pun lagi setahun dah nak masuk angka tiga dan kosong.”
Sekali lagi Tuah pecah ketawa. Sungguh malam ni dia asyik gelak je. Risau dia menangis di kemudian hari. Lantas hati terus mengalunkan istighfar di dalam hati. Memohon ampun atas doa yang secara sedar atau tidak yang dilakukan.
“InsyaAllah aku doakan yang terbaik untuk kau. Tapi kau kena ingat, budak perempuan tu tak bagi jawapan lagi. So, nasihat aku buat solat sunat taubat, hajat dengan istikharah. Doa supaya dihapuskan dosa-dosa kau yang lalu agar mata hati kau tak terhijab dengan petunjuk Allah. Kau doalah juga supaya hati kau redha dengan jawapan yang budak tu bagi. Tak kiralah positif atau tak. Okay?” Nasihat Tuah. Waseem setia menadah telinga.
“InsyaAllah thanks bro. By the way, pasal istikharah tu insyaAllah jawapan dia positif.” Ujar Waseem.
Tuah tersenyum nipis. “Tapi buatlah lagi macam aku yang aku cadang tu. Sebab kadang-kadang keinginan kita yang melampau yang menyebabkan jawapan tu kita sangkakan betul. Sedangkan ianya sebaliknya. Dan ingat. Allah bagi apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu. Aku masuk tidur dulu. Assalamualaikum.” Talian lantas dimatikan sebelum sempat Waseem membalas salamnya.
Entah kenapa hatinya rasa sebu. Seperti dicarik-carik halus mendengar sahabat baik bakal menamatkan zaman solonya. Sedangkan dia yang sebaya Waseem masih terkial-kial mencari calon yang terbaik untuk dijadikan isteri sekaligus menantu kepada uminya. Langkah kaki diatur ke bilik air. Wudhuk diambil sebelum mencapai sejadah yang tersadai di birai katil. Sejadah dihampar ke arah kiblat lalu takbiratul ihram bergema memenuhi setiap sudut bilik menunaikan solat sunat dua rakaat.
*****
Meriah suasana di anjung rumah Encik Faris. Baik lelaki
mahupun perempuan, semuanya bergabung tenaga membantu persiapan untuk
perkahwinan anak daranya, Nur Farisya. Yang lelaki bertungkus lumus menyusun
atur meja dan kerusi di bawah khemah yang baru siap dipasang dua hari lepas.
Manakala pihak perempuan sibuk membersih lauk yang bakal dimasak esok hari. Tak
kurang juga yang sibuk menghias ruang tamu yang terentang setelah sliding door
dikuak habis.
“Assalamualaikum pak long.”
“Waalaikumussalam.” Tangan segera berjabat dengan Tuah Mukhriz.
“Sampai pun kamu. Umi kamu tu dah naik risau sebab tak nampak anak sulung dia ni.” Gurau Encik Faris.
“Mestilah datang. Dah janji kan. Sorry lah pak long lambat. Kena terbang dua tiga hari lepas."
Encik Faris mengangguk faham. “ Tak pa. Pak long faham. Arwah ayah kamu dulu pun macam tu jugaklah. Dah pergi masuk makan dulu.” Sopan Encik Faris ‘menghalau’ Tuah. Ditolak badan Tuah menuju ke ruang dapur.
“Pak long halau nampak.”
Encik Faris tergelak. “Bukan halau. Suruh tambah tenaga. Nanti pak long nak buli kamu.” Ujarnya melawak.
Tuah tersenyum seraya mengatur langkah ke dapur. Senyuman
ditarik saat wajah Puan Hasyimah menjamah ruang mata.
“Assalamualaikum umi.”
Puan Hasyimah mendongak. Terhenti tangannya yang ligat mengupas bawang. Qistina yang mendengar suara lelaki di ruang dapur turut panggung kepala. Dia tersentak.
“Waalaikumussalam. Ha Riz. Sampai pun. Umi ingat kamu mengelat tak nak datang.” Tebak Puan Hasyimah.
“Apalah umi ni. Umi sendiri yang cakap tak baik jadi orang munafik. Mungkir janji yang telah dijanjikan.” Meleret suara Tuah sambil melabuhkan punggung disebelah kiri Puan Hasyimah yang masih ada ruang kosong.
“Ni nak apa masuk dapur?”
“Pak long suruh makan. Dia cakap suruh refill tenaga lepas ni dia nak buli.” Tergelak Puan Hasyimah dengan seloroh si anak.
“Riana, tolong ceduk nasi dekat along kamu ni. Lobak tu nanti sambung potong balik.” Pohon Puan Hasyimah lembut.
“Okay umi.” Bibirnya dijuih ke arah si abang. “Anak manja.” Tuah mengangkat penumbuk sebelum pahanya dicubit si ketam umi.
“Jangan nak buat gangster dengan adik sendiri.”
Tuah tersengih malu. “Saja nak usik.”
Qistina di sebelah dah mengulum senyum sedari tadi. Tidak disangka abang sepupu Farisya yang nampak tough di pandangan mata teramatlah manja dengan uminya. Dia sendiri tidak sangka yang disebelahnya adalah adik perempuan ayah Farisya. Ingatkan jiran rumah Encik Faris.
“Qis, sudahlah tu. Mata tu dah bengkak menangis. Kamu pergi naik atas tolong hiaskan bilik pengantin tu. Yang ni tinggalkan dekat umi.” Arah Puan Hasyimah. Tuah disebelah terkulat-kulat mendengar sebaris nama yang terbit dari bibir uminya.
“Baik umi.” Qis hanya akur lalau berlalu dari ruang dapur ke bilik Farisya.
Sekali lagi Tuah tersentak. Dan matanya tidak lepas memandang susuk tubuh itu sehingga tenggelam di sebalik langsir ruang tamu tengah.
*****
Qistina senang dengan tingkah sepupu Farisya, Tuah Riana.
Sangat ramah dan ringan tulang membantu menghias bilik pengantin. Tambahan
pula, tangan Riana yang berseni membuatkan setiap gubahan yang hampir kesemuanya
siap adalah dari hasil tangan magisnya.
“Jeles akak tengok kamu gubah Ana. Cantik.” Komen Qistina.
Riana tersipu-sipu malu. “Mana adalah kak. Simple je ni. Akak pun apa kurang. Cantik je Ana tengok bunga telur yang akak buat tu. Yang tu lagilah. Kena teliti sikit.” Ujarnya membalas.
“Tak payah nak ambil hati akak. Ni, bunga ni siapa yang nak gantung dekat atas tu? Akak gayat sikit lah Ana.” Akui Qistina. Ana mencari gerangan yang boleh membantu mereka menggantung gubahan bunga di atas siling di hujung kepala katil. Sengih ditarik apabila susuk tubuh yang teramatlah sesuai untuk kerja tinggi-tinggi ni terbias diruang matanya.
“Along!” Laungnya dari muka pintu bilik.
Qistina buat tidak kisah. Gubahan yang sudah siap disusun di tepi dinding. Manakala yang memerlukan final touch up sebelum majlis akad nikah berlangsung esok diletak di atas katil.
“Ye. Nak apa?” Suara lelaki di muka pintu menarik perhatian Qistina.
“Tolong gantungkan bunga ni boleh?” Soal Riana dengan wajah mengharap.
Kepala dijatuhkan tanda setuju.
Langkah diatur ke ruang bilik pengantin. Dan pemandangan pertama yang terbias di ruang matanya adalah wajah bujur sirih bertudung hijau lumut yang sedang duduk di birai katil. Senyuman diberikan.
“Mana bunga tu?” Soal Tuah sambil mengatur langkah di atas anak tangga yang sudah tersedia.
“Ni ha.” Riana menyuakan jambak bunga yang digubah secara melintang.
“Kenapa tak suruh akak tu buatkan?” Tuah menyoal selamba.
“Akak Qis cakap dia gayat.” Tuah perasan jelingan tajam Qistina yang terarah ke wajah adiknya.
“Kalau akak nak tahu, along ni pilot. Tapi bukan pilot kapal terbang komersial tu lah. Pilot TUDM je. Kan along?” Soal Riana memancing reaksi Tuah dan Qis yang seakan-akan kekok.
“Hmm.”
“Qis, abang nak tanya sikit ni.” Tuah memulakan bicara setelah ruang bilik itu senyap setelah Riana berlalu ke anjung rumah.
Qistina terpempan. Abang?
“Ye. Nak tanya apa?” Balasnya sedikit teragak.
“Qis pernah tinggal dekat area Setiawangsa ke dulu?”
Sekali lagi Qistina terkelu. Macam mana mamat ni tahu aku pernah tinggal dekat situ dulu?
“Ermm.. Yup. Pernah. Tapi sekejap je lah. Buat part time dekat area-area situ. Kenapa?”
Kepala dipanggung setentang dengan tubuh Tuah yang bersila di lantai bilik sambil sibuk membetulkan gubahan yang sedikit senget kedudukannya. Memang tangan berseni sungguh anak-anak umi. Tadi Riana. Sekarang Tuah pula.
“Tak adalah. Muka Qis macam familiar. Itu yang tanya.” Ujar Tuah menutup debar yang sudah mengisi ruang hati.
“Sebut pasal Setiawangsa tu, teringat dengan jalan jam awal-awal pagi. Dah tu lepas Subuh kena keluar dah. Kalau lambat alamatnya tersekatlah di situ.”Ujar Qistina seraya tertawa kecil.
“Itulah. Lebih baik naik motor dari drive. Lagipun accident boleh tahan jugaklah dekat area situ.” Balas Tuah. Ingin dipancing Qistina untuk terus berbicara dengannya.
“Haa.. cakap pasal accident. Teringat dekat seorang budak sekolah ni. Jatuh terlentang budak tu gara-gara penunggang motor yang tak berhemah. Dan ditakdirkan saya pula menjadi saksi kejadian. Terus je terpa dekat budak tu. Padahal dah lambat nak masuk kerja.” Qistina membuka cerita yang sudah kesekian lama tersemat rapi di dalam memori ingatannya.
Tuah Mukhriz kehabisan kata. Degupan jantung dah semakin pincang rentaknya. “Err... dah tu? Tolong tak?” Soal Tuah teragak-agak. Menutup debar di dada. Pandangan tunak memandang gubahan yang sudah siap dibetulkan.
“Dengan izin Allah, saya ada kudrat nak tolong. Bawa budak tu dekat kedai mamak. Beli dia air. Siap rawat kaki dia yang luka bergesel dengan tar dan rantai basikal even waktu tu saya sendiri takut darah.” Qistina tergelak kecil. Masih diingat tangannya yang terketar-ketar membersihkan luka budak sekolah rendah.
Tuah tersentak. Mulutnya seolah digam untuk terus menyambung bicara. Hati seolah-olah direntap dari dada. Perlahan-lahan dia bangun sebelum meminta izin keluar daripada Qistina. Sesungguhnya hanya wudhuk dan sujud menjadi pengubatnya dikala ini.
“Kenapa di saat aku dah terjumpa wanita yang dicari, orang lain lebih cepat menyambarnya.”Keluh hatinya sayu. Mengenangkan rakan baik yang terlebih dahulu ingin mengeratkan hubungan silaturrahim dengan gadis yang selama ini dicari lantas dipujuk hati untuk redha dengan ketentuan yang sudah ditakdirkan Allah untuknya. Tanpa sedar, air matanya jatuh setitik.
*****
"Selamat datang." Sapa gadis yang berbaju kurung berbintik-bintil merah.
Dia menarik senyum segaris sambil menapak ke arah kaunter di mana gadis itu sedang berdiri.
"Tumpang tanya boleh?"
"Ye?" Balas gadis itu dengan kerutan di dahi yang jelas tertanya-tanya.
"Kedai ni memang sorang je ke yang jaga?"
Terbit senyuman di bibir si gadis. "Sejak tiga hari lepas memang saya seorang. Dan sekarang tengah cari pekerja baru. Kenapa ye?"
Dia pening. Sekarang dia sendiri tidak pasti sama ada di hadapannya ini adalah gadis yang sama atau tidak. Namun, mendengar suara yag membalas setiap pertanyaan, dia semakin pasti yang ini bukan gadis yang dicari walaupun hanya lima puluh percent sahaja keyakinannya. Lagipun, gadis ini lebih rendah dari yang si gadis yang dicari.
"Maknanya... sebelum ni ada orang lain yang jaga macam tu?" Soalnya inginkan kepastian.
"Yup. Tapi dah berhenti sebab dia dapat kerja lain."
Riak hampa jelas tergambar di wajahnya. Baru nak rasa teruja sebab dah jumpa kedai yang dicar. Alih-alih si gadis pula sudah awal-awal membawa diri.
"Boleh saya tahu nama dia?"
Gadis genit itu terkelu. "Err... minta maaf encik. Saya ni pegang amanah. Tak boleh nak dedahkan maklumat seseorang walaupun dia dah tak kerja dekat sini. Boleh saya tahu apa hubungan encik dengan orang yang encik cari?"
Digaru-garu kepala yang tidak gatal.
"Errr... saya abang sepupu dia. Kerja dekat area-area sini. Ingat boleh nak melawat sebab mak dia tu suruh saya kirimkan barang untuk dia."
Ah.... gasaklah! Yang penting dia kena tahu siapa gerangan pemilik suara yang lunak tu.
Ah.... gasaklah! Yang penting dia kena tahu siapa gerangan pemilik suara yang lunak tu.
Si gadis semakin pelik. "Tapi takkan sampai tak tahu nama?" Soalnya musykil.
Dia terkelu. "Err... tak. Sebab dekat rumah digelar ucu. Itu yang sampai nama sebenar pun tak tahu. Lagipun nak make sure yang itu betul sepupu saya sebab mak dia just cakap yang anak dia ni kerja kedai buku. Dah berapa banyak kedai saya menapak. Ini yang terakhir. Harap-harap betul."
Dia merasakan bahu kirinya semakin senget sebelah gara-gara penipuan yang dicipta. Malaikat Raqib rilek je lah sebab tak ada benda nak catit. Sedikitnya pahala aku hari ini ya Allah.
Setelah sekian lama si gadis dihadapannya diam, akhirnya dia bersuara. "Full name dia saya sendiri tak ingat sebab asyik panggil dia Bal. Short form for Balqis. Kalau nak nombor telefon dia, saya minta maaflah. Sebab baru-baru ni saya call nombor tu, operator telefon cakap tiada dalam perkhidmatan. Itu je yang saya boleh bantu." Ujarnya menjelaskan letak duduk keadaan.
Dia menarik senyum segaris sebelum berlalu setelah mengucapkan terima kasih. Sejak itu dihatinya asyik berlagu nama Balqis walaupun dia masih tidak tahu rupa si gadis. Dan bermula saat itu jugaklah setiap doanya pasti tidak terlepas dari menyebut nama Balqis. Namun setelah beberapa bulan, dia sendiri yang menguburkan sebaris nama itu di dalam peti yang terkunci kemas di dalam hati. Kerna dia sendiri tidak pasti apakah tujuan asalnya mencari gadis tersebut. Dan dia turut berharap suatu hari nanti peti itu akan terbuka dengan sendirinya setelah dia betul-betul pasti dengan keinginan di hati.
Juring mata yang masih basah diseka dengan jarinya. Sejak dia pulang dari rumah pak long Faris, di atas sejadah inilah dia bertafakur. Mengenang kembali peristiwa tiga tahun lalu. Dan sesungguhnya dia tidak sangka saat yang dinantikan untuk peti hatinya terbuka adalah selepas majlis kesyukuran adik sepupunya, Farisya. Apabila gegendang telinga menangkap tiga huruf yang lahir dari ulas bibir Waseem, hatinya dipalu resah. Hujung nama yang sama dengan pemilik suara lunak, Balqis.
Peristiwa di mall turut menggetarkan hatinya apabila Farisya memberitahu nama penuh Qistina. Balqis Qistina. Dan sekali lagi dia terngadah. Dan peristiwa hari ini adalah kemuncaknya. Apabila dia sekali lagi mendengar suara lunak itu bersuara dan juga pengakuan jujur dari Qistina tentang kejadian tiga tahun lepas.
Walaupun hatinya lega kerana setelah bertahun baru dia dapat bersua empat mata dengan pemilik suara namun dia sedikit kecewa kerana si gadis bila-bila masa bakal menjadi milik sahabat karibnya. Dan sesungguhnya dia sendiri berbelah bahagi. Patut dia meluahkan perasaan kepada Balqis ataupun terus memendam perasaan demi menjaga ikatan persahabatan yang telah lama terjalin erat dengan Waseem semenjak dari tingkatan satu.
Dan sekali lagi tanpa dapat ditahan air matanya tumpah jua.
*****
Qistina tercari-cari susuk tubuh Tuah di sebalik tetamu
yang semakin ramai bertandang. Dia pelik apabila susuk tubuh Tuah tidak lagi
ditemuinya sebaik sahaja mereka menamatkan perbualan ringkas semalam. Tujuannya
mencari Tuah hanya satu untuk mengucapkan terima kasih kerana sudah banyak
membantu dalam menggubah hantaran dan menggantung bunga semalam. Namun dia
hampa kerana pencariannya gagal.
Susuk tubuh yang berbaju peach sesuai dengan tema perkahwinan Farisya dihampiri.
“Riana, along awak tak datang ke?” Soalnya tidak berlapik.
“Eh, kenapa akak cari? Along datang lambat sikit. Semalam pun dia balik awal. Sebab petang nanti dia kena masuk kerja dah. Kira nanti dia datang siap pakai baju kerja terus lah.” Jelas Riana panjang lebar. Qistina mengangguk faham.
“Ohh.. patutlah. Tak adalah. Akak cari sebab nak ucap terima kasih je. Lupa semalam nak cakap. Nanti tolong sampaikan boleh?” Tuah Riana angguk faham.
Encik Faris dan Puan Raisya masing-masing tak menang tangan bersalam-salaman dengan tetamu yang hadir. Qistina mengerling sekilas lantas tersungging sengih. Dia mula membayangkan mama dan papanya yang sibuk melayan tetamu sewaktu majlis kendurinya kelak. Mesti lelah.
Qistina melabuhkan duduk di kerusi plastik di bawah khemah. Mengatur nafas yang sudah berterabur dek kerana gelaran sebagai bentara yang dipegang untuk majlis kali ini. Susuk tubuh berbaju melayu light pink sedang tersenyum lebar melangkah menghampirinya dari pintu pagar rumah Encik Faris.
“Assalamualaikum Qis.” Salam dihulur.
“Waalaikumussalam Waseem.” Senyuman ditarik segaris.
“Sihat?”
Qistina mengangguk. “Alhamdulillah. Masih bernafas walaupun lelah sedikit.” Ujarnya perlahan. Matanya meliar ke kiri dan kanan anjung rumah. Mengelak bertentangan mata dengan si jejaka.
“So, Qis dah ada jawapan untuk rombongan merisik abang hari tu?” Soal Waseem terus terang. Malas berkias-kias.
Qistina terkedu. Kelu lidah ingin membalas pertanyaan Waseem yang sangat telus pada pendengarannya.
“InsyaAllah nanti saya berikan jawapan.” Dalih Qistina. Itu adalah jawapan yang paling selamat dia boleh beri.
“Okay. Saya nantikan. Harap-harapnya yang positif.” Ujar Waseem seraya berlalu bertemu dengan tuan rumah merangkap jirannya.
Qistina mengeluh berat. Teringat mimpi yang sedikit pelik dialaminya semalam. Walaupun masih dengan suasana yang sama namun ianya lebih jelas kali ni. Masih jelas diingatan yang lelaki tersebut menunggang motor Kawasaki hijau pucuk pisang dengan nombor plat Selangor. Memang jelas setiap nombor yang tertera walaupun wajah lelaki itu masih menjadi tanda tanya. Namun yang membuatkan dia sedikit pelik ialah baju yang tersarung ditubuh si lelaki. Dah serupa mekanik di bengkel kereta. Baju yang disarung dari kaki hingga ke atas dan berwarna hijau lumut. Puas difikir pekerjaan apa yang memerlukan pekerjanya menyarung baju sedemikian rupa melainkan mekanik tapi tiada satu yang mampu memuaskan hatinya.
Sedang elok dia bangun, sebuah motor kawasaki hijau seperti dalam mimpinya berhenti di anjung rumah Encik Faris. Wajahnya masih dilitupi helmet full face yang menyembunyikan rupa si penunggang. Qistina terpaku tidak bergerak. Hati meronta-ronta ingin tahu wajah di sebalik topi keledar. Jacket kulit hitam yang tesarung di tubuh ditanggalkan sebelum membuka topi keledarnya. Qistina mengeluh kerana susuk tubuh itu membelakanginya. Tidak sampai sesaat, lututnya terasa longgar. Hampir rebah apabila wajah yang seharian dicari sedang tunak memandangnya. Mulut ditekup tanda tidak percaya.
“Dia?!”
*****
Sejak bertentang empat mata dengan empunya tubuh yang muncul dalam mimpinya, lidah menjadi kelu untuk bersuara. Terus dibawa tubuh ke ruang dapur. Menyibukkan diri membantu golongan veteran mengagihkan lauk-pauk untuk tetamu yang masih tidak surut sejak pagi tadi. Bila diusir Puan Hasyimah supaya membantu di khemah perempuan, dia menolak sopan. Hati masih belum cukup kuat untuk berhadapan dengan Tuah Mukhriz sekiranya mereka berselisih bahu.
"Umi, nampak kak Qis tak?" Soal Riana dari muka pintu belakang yang bersambung dengan ruang dapur.
"Itu ha." Dijuihkan bibir ke arah Qistina yang bertenggek di hadapan periuk besar yang berisi gulai ikan talang dengan nanas.
"Kak Qis. Along panggil. Dia cari kak Qis tadi. Dia tunggu dekat depan pintu pagar luar tu." Ujar Riana semput. Penat berlari agaknya mencari dirinya.
Qistina serba salah. Dia mahu menolak namun renungan yang tidak dapat ditafsir dari Puah Hasyimah, dia akur. Penuh berhati-hati dia keluar dari ruang dapur yang sesak dengan kawah dan periuk besar berisi lauk kenduri.
Kelihatan susuk tubuh yang dibaluti baju ala-ala mekanik warna hijau lumut sedang bersandar di motor hijau katak tu. Wajahnya tiada segarit senyuman. Riak serius yang terpamer.
"Ada apa cari saya?" Soal Qistina tanpa mukaddimah.
Tuah terdiam seribu bahasa. Mencari kata-kata yang sesuai untuk dilontarkan buat si gadis. Semalam sebelum dia tahu perkara sebenar, boleh lagi dia beramah mesra. Namun, saat ini dia kelu. Tadi beriya-iya cari Qistina sebab nak luah perasaan. Bila dah ada di hadapan mata, habis terbang keberanian yang dikumpul sejak pagi tadi.
"Err... abang nak terus terang sikit."
Hati Qistina dipalu resah. Matanya meliar ke anjung rumah Encik Faris. Dan dia sedar ada beberapa mata yang memandang ke arah dia dan Tuah. Termasuklah Puan Hasyiman yang berdiri di muka pintu ruang tamu dan Waseem di khemah bagi kaum adam. Sungguh tak selesa.
"Abang sebenarnya... err.. sukakan Balqis." Tergagap-gagap Tuah meluahkan rasa hati.
Qistina rasa nak pengsan. Tuah suka aku? Serius?
"Err.. awak silap orang ke?" Sungguh itu soalan spontan yang keluar. Qistina macam nak tampar pipi sendiri.
"Tak. Abang sure. Balqis. Paling tepat Balqis Qistina. Orang yang first time abang jumpa waktu kes budak jatuh basikal tiga tahun lepas. Specifically, dekat Setiawangsa." Semakin lancar bicara Tuah. Dirasakan ada seseorang yang meniup hatinya supaya terus berani.
Qistina panggung kepala. Dia seolah-olah tidak percaya dengan bicara Tuah.
"Apa kena kes tu dengan saya? Lagipun seingat saya tak adalah pulak saya jumpa awak." Soal Qistina. Semakin menebal rasa ingin tahu di dalam hatinya.
"Abang ada time tu. Cuma tersorok sedikit. Yang abang tahu abang dah jatuh suka dekat Qis. Sebabnya biar Allah dengan abang yang tahu. Tapi kalau ditakdirkan Qis jadi milik abang one day, baru abang akan cerita. Kalau tak, biarlah rahsia." Ujar Tuah seraya mencapai helmet full face di atas seat motor.
"Itu je yang abang nak cakap. Sebab hati abang tak tenang kalau tak dapat luah. Lagipun abang tahu yang Waseem ada hantar rombongan merisik untuk Qis kan?" Jedanya. "Abang sedar yang Waseem pun serius dengan Qis. Kalau tak takkan dia sanggup merisik Qis." Nafas ditarik. "Dan abang bukan jenis orang yang tikam belakang kawan. Lagipun abang tak nak paksa Qis terima abang hanya kerana abang dah lama sukakan Qis. Dan sekarang abang rasa lega sebab terasa hilang beban bila dah luah semuanya dekat Qis walau abang sedar cara ni tersangatlah tak sopan." Jelas Tuah panjang lebar seraya tergelak kecil. Tersedar dengan cara dia yang meluahkan perasaan.
"Tapi umi abang tengah tengok kita dua. So, tak adalah rasa macam berkhalwat dengan Qis depan rumah pak long ni." Terbit ketawa kecil dari bibir tuah sambil mengerling sekilas Puan Hasyimah yang masih setia memerhati mereka berdua. Tidak beganjak walaupun seinci sejak Qistina menghampirinya.
"Okaylah Qis. Abang pergi kerja dulu. Assalamualaikum." Tidak sampai seminit, menderum laju motor berkuasa tinggi itu meninggalkan Qistina berdiri tegak yang baru menjawab huluran salam Tuah.
*****
Buat kali kedua, dia bertapa di atas buaian. Kalau dulu hanya risikan Waseem yang difikirkannya tetapi sekarang bertambah lagi. Pengakuan jujur dan telus dari Tuah Mukhriz. Serabut kepala bila dua jejaka sibuk merebut hatinya yang satu.
Nafas dihela berat. "Dulu tak ada orang suka, aku merungut bagai nak rak. Ini bila dah ada orang suka, aku mengeluh juga. Sebab bukan satu tapi dua." Qistina membebel sendirian.
Bunyi tapak kasut yang semakin mengampirinya membuatkan dia mendongak. Terbias wajah kak long yang sedikit pucat kerana berbadan dua.
"Laa.. kenapa kak long keluar? Nampak dekat bang long, tak pasal-pasal orang kena marah."
"Tak pe. Akak mintak izin dah tapi sekejap je lah. Ni kenapa kusut je muka?"
Qistina meraup wajah. "Kena buat pilihan kak. Dulu masa seorang je yang suka orang, tak apa lagi. Elok je nak bagi jawapan dekat mak cik Asnah, datang seorang hamba Allah confess dekat orang." Adunya. Dan dia bersyukur sebab kak long di sisinya. Dan dia sangat suka bersembang dengan kakak iparnya ini. Matang.
"Siapa pulak?"
"Tuah Mukhriz merangkap kawan baik Waseem dan merangkap abang sepupu Farisya."
Terkedu Syifaa'. "Susahnya pilihan."
"Dah mintak petunjuk?"
"Dah. Tapi kali ini akak sendiri pun takkan percaya."
"Sebab?" Berkobar-kobar rasa ingin tahu Syifaa'.
"Lelaki yang dalam mimpi orang tu Tuah. Bukan Waseem. Orang nampak dengan jelas dalam mimpi sehari sebelum kenduri Farisya dan ditakdirkan Allah Tuah pakai baju yang sama dan naik motor dengan nombor plat yang sama masa kenduri tu."
Syifaa' tergelak. "Makna kata lelaki tu betul-betul wujud la ni?"
Qistina jatuh kepala.
"Sekarang tinggal untuk Qis pilih. Akak rasa Allah dah bagi jawapan untuk Qis. Cuma Qis kena fikir je. Jangan terlalu risau pasal diorang nak terima atau tak keputusan Qis tu. Sebab mana tahu orang yang bakal Qis tolak tu akan berjumpa dengan orang yang lebih baik. Dan ingat, jalan cerita hidup kita dengan orang lain saling bersangkut-paut. Mungkin bagi pandangan mata kita kesian dia sebab kena tolak, tapi mana tahu Allah takdirkan dia jumpa yang lagi baik di masa depan." Nasihat Syifaa' panjang lebar.
Balqis Qistina tersenyum lebar kerana dia yakin dengan keputusannya kali ini.
*****
Masih jelas wajah muram Waseem yang berkunjung ke rumah keluarganya. Waktu itu dia tengah bercuti jadi dia pulang ke Johor setelah Puan Hasyimah mengeluarkan arahan mandatori. Dia sendiri terkedu apabila Waseem mengatakan yang Qistina menolak risikannya kerana sudah ada pilihan yang lain. Umi yang sudah tahu cerita sebenar antara pertemuan pertama dia dan Qistina sehinggalah pertemuan terakhir di rumah pak longnya turut hairan. Tapi dia kenal Waseem. Cepat terluka tetapi cepat sembuh. Elok je selesai luahan rasa hati, boleh dia bergelak ketawa macam tiada apa-apa. Tumpah simpati terhadap sahabat baiknya. Dua kali cinta tidak kesampaian. Tiba-tiba Tuah menggarit senyuman.
"Hah?!" Tinggi suaranya kerana terkejut dengan perkhabaran Puan Hasyimah.
"Umi jangan buat lawak dengan Riz boleh? Riz baru je land dekat kem ni umi. Umi dah bagi berita tak masuk di akal ni." Ujar Tuah serius.
"La... umi cakap betul-betullah ni. Kamu tu dah jadi tunang orang. Bukan kamu ke yang cakap kamu suka budak tu?"
Tuah terpempan. "Maksud umi tunang Riz tu Balqis Qistina?" Soalnya inginkan kepastian.
"Iyelah. Siapa lagi? Ke ada Balqis lain yang kamu maksudkan?"
Tuah terdiam. "Tapi... bukan Waseem pernah cakap yang Qis tu suka orang lain? Lagipun Riz dah pesan dekat umi kan jangan buat bukan-bukan. Tambah-tambah kalau umi pernah terfikir nak pinangkan Qis untuk Riz." Balasnya sambil mengingatkan Puan Hasyimah akan larangannya dahulu.
"Umi ingat je tapi apa salahnya mencuba. Kalau just berdoa tapi tak berusaha tak guna jugak. Sekarang tengok. Kamu jugak yang untung sebab dia pun dah bersetuju." Terdengar ketawa kecil Puan Hasyimah di talian.
"Bila umi pergi meminang Qis sampai hari ni baru nak beritahu Riz?" Soalnya. Jari memicit pangkal hidung.
Puan Hasyimah pecah ketawa. "Kamu jangan terkejut kalau umi cakap ni."
"Okay." Balasnya sepatah sambil berjalan merentasi padang untuk ke bangunan pejabatnya. Short cut.
"Pagi tadi." Jawapan yang tidak pernah ada dalam kotak fikirannya hampir membuatkan dia jatuh tersungkur gara-gara tersepak akar pokok ara yang sebesar pemeluk.
"Nah!" Huluran kad berwarna biru laut dipandang tajam. Terbang habis lamunannya lapan bulan lepas.
"Kad sapa ni yang?" Disambut jua huluran isteri yang dinikahinya tiga bulan lepas.
Balqis Qistina melabuhkan punggung di sebelah suami yang bersandar di sofa. "Kad kenduri kawan Qis. Intan Syafinaz. Partner masa Qis kerja part time dekat kedai buku dulu."
Tuah merenung kad kahwin yang sudah terpampang nama pengantin yang dicetak berwarna emas.
"Ohh... yang kecik-kecik tu ek?"
"Amboi... mengata kawan Qis nampak. Tapi betullah tu. Yang abang siap minta maaf sebab menipu dulu, tak ingat?" Sindir Qistina. Tuah lepas gelak besar.
"Haha.. yang tu tak sengaja yang. Abang punya nak tahu pasal Qis lah yang tak pasal-pasal buat senget bahu kiri abang ni." Balas Tuah seraya mencapai kad kahwin yang diletakkan di atas meja. Kad berwarna merah hati yang dihulur Waseem pagi tadi. Dibelek-belek nama yang tertulis di atas kedua-dua kad sebelum kerutan di dahi jelas terentang.
"Yang..." Qistina berpaling.
"Kenapa?"
"Kad ni tak salah cetakkan?"
Qistina garu kepala. Wajah pelik sudah terbias di wajahnya. "Apa ke pelik soalan abang tu?"
Disua kedua-dua kad. Kad biru milik Intan manakala kad merah hati milik Waseem. "Ni haa... nama diorang sama. Alamat pun."
Qistina ketawa lepas. Alahai suami aku ni. "Laa.. abang tak tahu lagi ke?"
Semakin kelam wajah Tuah. Berbelit otak nak memahami situasi. "Apa dia?"
"Waseem nak kahwin dengan kawan Qis tu lah." Ujarnya sebelum menyambung ketawa. Wajah blur Tuah Mukhriz sangat kelakar di ruang matanya saat ini.
"Hah?!! Serius?"
"Yup. Abang je yang tak tahu. Sebab Waseem suruh rahsiakan. Kawan Qis tu cakap Waseem tak nak abang tahu. Nanti abang kebas tunang dia macam abang kebas Qis." Semakin galak ketawa Qistina. Tuah mencebik. Hampeh punya kawan.
Melihat wajah Qistina yang masih seronok mentertawakannya, idea nakal pantas tercipta di ruang otak.
"Yang... abang nak anak sekarang boleh?"
Terus mati ketawa Qistina. Memandang riak nakal suami, dia lebih pantas bangun melarikan diri ke dalam bilik. Dari dalam bilik, kedengaran jelas ketawa besar si suami.
"Hampeh punya suami. Nak usik aku je memanjang." Omelnya perlahan sebelum segaris senyuman terpamer di bibir.
~ THE END ~
nfa says:
Alhamdulillah selamat jua cerpen yang tidak seberapa ini. Salah silap harap diamaafi. Semoga coretan kali ini memberi manfaat dan mesej yang ingin disampaikan di sini selamat tercapai kepada gerangan yang membaca.
Yang penting, hidup kita ini tiada yang kebetulan. Semuanya takdir yang telah tertulis. Kadang-kadang takdir kita itu akan bersangkut-paut dengan orang lain yang mungkin kita kenal ataupun tidak. Jadi hiduplah dengan redha setiap takdir yang ditetapkan kerana everything happen for a reason.
Salam sayang... dan happy reading. :)
0 Critical Critics:
Post a Comment