Friday, 13 June 2014

Kerana Takdir Itu, Kita Bertemu

Kepala disembam ke tilam dengan kaki yang masih mengatur sila. Setelah beberapa saat dia kembali mendongak. Matanya meliar ke segenap ruang bilik yang sudah serupa reban ayam. Bantal bertaburan di lantai. Selimut yang sudah terungkai dari lipatan terdampar di hujung pintu bilik. Cadar tak usah cakap. Senget-benget.

Sunday, 1 June 2014

Kembali ke SejadahNya

Jemarinya menyeka manik-manik air mata yang mengalir turun membasahi pipi. Sudah sepuluh kali cerpen Cinta Kelas Pertama karya Ezza Mysara dibacanya. Namun, air mata tetap menitis walaupun sudah ditegah dirinya supaya tidak mengalirkan butir jernih itu walaupun setitik. Dan untuk kali kesebelas, dia tewas juga. Tisu ditarik dari kotak Premiere