Saturday, 30 May 2015

Khilaf

Aku pernah khilaf,
Pada Dia yang tidak pernah melupakanku,
Pada Dia yang sentiasa mengampuniku,
Pada Dia yang beri apa yang kuperlu,
Hingga aku terlupa Dia yang menghidup dan mematikan aku. 

Aku pernah khilaf,
Pada ibu dan bapa yang membesarkanku,
Ibu yang memberi setiap titis susu untukku,
Bapa yang mencari rezeki demi pengajianku,
Hingga aku rasa malu sampai bila aku perlu bergantung denganmu.

Aku pernah khilaf,
Pada sahabat dan kawan karibku,
Yang sentiasa ada ketika suka dan dukaku,
Tidak pernah lokek dalam memberi apa yang bukan milikku,
Hingga aku tertunduk rapat mengenang segala kebaikanmu.

Aku pernah khilaf, 
Ketika di usia remaja seperti kamu dan kamu,
Tetapi aku terus bangkit dan memperbaiki kesilapanku,
Kerna kutahu usaha itu yang tercatit di buku amalku,
Bukan pada hasil dengan setiap langkah perubahanku,
Demi sebuah hakikat yang aku tahu kamu pun tahu,
Ibadah, solat, hidup dan matiku hanya keranaMu,
Yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui isi hati hamba-hambaMu. 


Nukilan,
Nafas 


Monday, 27 April 2015

Kehidupan Suatu Pengembaraan

Kita adalah seorang pengembara,
Di dalam sebuah pengembaraan,
Kembara yang dinamakan kehidupan.
Turun dan naik norma perjalanan,
Dalam ekspedisi diri mencari Tuhan.

Al-Quran dan Sunnah jadi panduan,
Sebagai kompas menyelusuri perjalanan,
Menghaungi onak duri yang melata di sepanjang jalan,
Doa, usaha, dan tawakal sentiasa berterusan,
Itulah prinsip seorang insan.




Thursday, 2 October 2014

Kasih Dalam Diam PROLOG & BAB 1

PROLOG

SUSUK tubuh yang berkemeja putih dengan seluar hijau lumut itu dipandang sejak setengah jam yang lalu. Tak tahu nak cakap gerangan itu buta atau rabuh jarak jauh. Sebab dari tadi mamat tu sedikit pun tak perasan panahan mata dia. Sedangkan jelas terentang matanya hanya jatuh pada empunya tubuh. Dah dia sorang je yang wujud di bawah pohon rendang yang terletak di tengah-tengah padang bola sepak di bawah terik matahari yang memancar. Gila agaknya lelaki tu!

Friday, 13 June 2014

Kerana Takdir Itu, Kita Bertemu

Kepala disembam ke tilam dengan kaki yang masih mengatur sila. Setelah beberapa saat dia kembali mendongak. Matanya meliar ke segenap ruang bilik yang sudah serupa reban ayam. Bantal bertaburan di lantai. Selimut yang sudah terungkai dari lipatan terdampar di hujung pintu bilik. Cadar tak usah cakap. Senget-benget.

Sunday, 1 June 2014

Kembali ke SejadahNya

Jemarinya menyeka manik-manik air mata yang mengalir turun membasahi pipi. Sudah sepuluh kali cerpen Cinta Kelas Pertama karya Ezza Mysara dibacanya. Namun, air mata tetap menitis walaupun sudah ditegah dirinya supaya tidak mengalirkan butir jernih itu walaupun setitik. Dan untuk kali kesebelas, dia tewas juga. Tisu ditarik dari kotak Premiere

Thursday, 29 May 2014

Kau Tulang Rusukku Yang Hilang

TELINGANYA menahan bebelan bak peluru berpandu yang dilepaskan tanpa henti. Suara wanita yang paling dikasihi sudah memenuhi ruang tamu sejak sepuluh minit yang lalu. Dan yang pasti, dia sendiri tidak tahu bila kesudahannya. 

Monday, 5 May 2014

Liku Hidup Seorang...

Air mata yang sedari tadi mengalir kuseka buat entah ke berapa kali. Penat. Lelah. Letih dengan percaturan takdir yang tidak pernah menyebelahi aku. Bila aku mengadu resah hati kepada abang long, dengan mudah dia menjawab.

Khilaf

Aku,
Sempurna lahiriahnya atas nikmatMu,
Sepasang mata untukku melihat,
Sepasang telinga untukku mendengar,
Sebentuk bibir untukku berbicara,
Sepasang tangan untukku menyentuh,
Sepasang kaki untukku melangkah,
Namun, segenap hatiku kosong,
Kosong dek kerana kekhilafanku.

Sunday, 27 April 2014

GIFT

Assalamualaikum wbt

Thank you for these gifts

I'm touched



Thank you for not choosing Superman or Hello Kitty

Again, thank you 'driver' and 'novel promoter'

LOVE THESE!

Thursday, 17 April 2014

11 + 2 = 1. Prove it. How?

Soalan pertama yang ditanya dalam interview MARA 27 Mac lalu.

Rasa nak tercekik dengar soalan 'cenggitu'. Tapi terbaiklah sebab finally tiada seorang pun dapat jawab. T___T

However, the answer is soooo easy.. 

Look at the watch / your 'ding dong' at the wall.

Hope you'll find the answer. =)