Thursday, 2 October 2014

Kasih Dalam Diam PROLOG & BAB 1

PROLOG

SUSUK tubuh yang berkemeja putih dengan seluar hijau lumut itu dipandang sejak setengah jam yang lalu. Tak tahu nak cakap gerangan itu buta atau rabuh jarak jauh. Sebab dari tadi mamat tu sedikit pun tak perasan panahan mata dia. Sedangkan jelas terentang matanya hanya jatuh pada empunya tubuh. Dah dia sorang je yang wujud di bawah pohon rendang yang terletak di tengah-tengah padang bola sepak di bawah terik matahari yang memancar. Gila agaknya lelaki tu!

Elok je dia hendak berlalu masuk ke kelas Lima Delima setelah loceng yang menandakan tamatnya waktu rehat berbunyi, mamat tadi lantas panggung kepala. Dan dia sempat menangkap raut wajah itu sesaat sebelum lengannya ditarik kasar oleh Raihana. 

Dia terkedu. Tergamam. Tak tahu nak cakap apa. Sebab orang yang ditenung tadi adalah jiran classmate dia sendiri. Darah merah menyerbu ke wajah. Malu. Habislah dia kalau lelaki tu nampak yang dia tengah skodeng anak teruna orang.

SHAZRIL mengulum senyum sedari tadi. Dia sangat-sangat sedar dirinya ditenung oleh seseorang. Tetapi sengaja dia tak angkat kepala. Nak jugak tengok setakat mana budak perempuan tu curi-curi usyar dia. Sedikit pun tak sedar yang waktu rehat untuk budak-budak tingkatan tiga hingga lima hampir tamat. Sehinggalah loceng berbunyi nyaring. 

Dia lantas berdiri. Menepuk-nepuk belakang seluar yang penuh dnegan rumput kering. Kepala diangkat. Tetapi hati mengeluh hampa. Tak sempat dia melihat budak perempuan tu. Yang sempat pun batang hidung dia. Itu je. Sebab dia nampak macam kena tarik dengan seseorang. Kawan dia barangkali.

Langkah diatur menuju ke kelas yang terletak di tingkat dua. Tangan mengusap dada yang jelas masih ada sisa kecewa. Tetapi hanya untuk sesaat dua sebelum bibir tersenyum tipis.

"Tak apa... Allah nak jaga pandangan kau lah tu." Bisiknya memujuk diri.

*****


BAB 1

RAIHANA keresahan. Dilirik Quartz di pergelangan tangan. 9.40 pagi. Namun bayang tubuh Laila Irdina masih tidak kelihatan memasuki pintu masuk perpustakaan. Dia mengeluh resah. Hendak ditinggalkan laptop tanpa ada yang menjaganya amatlah berbahaya. Tak sampai lima minit dah boleh lesap. Yang Laila ni pun satu. Semalam beriya-iya cakap nak datang sebelum jam sembilan. Ini apa kes lambat sangat ni?

"Laila oiii...tolonglah datang sini cepat. Aku kelas pukul sepuluh ni." Rengeknya. Mesej ditaip sebelum dihantar. Yang keenam kalau termasuk yang ini. "Kut iye pun kau lambat, boleh tak kau balas at least satu mesej aku tu..." Skrin telefon yang terpampang gambar pokok bunga kertas milik ibunya direnung sedalam mungkin bagaikan berbicara dengan Laila.

Nak je dia call Laila, tapi peraturan library yang amat ketat merisaukannya. Pernah sekali wajah dia dan Laila terpampang di board 'most wanted student' gara-gara berbuat bising yang baginya tak adalah bising macam pasar malam. Natijahnya, tak pasal-pasal diberi amaran kali pertama. Sabar je lah. 

Pintu perpustakaan yang berdenting djeling sekilas. Alhamdulillah. Sampai pun. Tapi kenapa jalan Laila pincang semacam?

"Rai, sorry sangat wei." Beg diletakkan di atas meja. Nafas ditarik dalam menghalau lelah dan semput yang masih bersisa gara-gara berlari dari tempat kediaman yang terletak jauhnya nun di ceruk universiti. Kerusi ditarik sebelum melabuhkan duduk.

"Baru lepas habis jogging ke marathon sepuluh kilometer?" Laila Irdina buat tak endah dengan soalan sinis Raihana. Dia tahu Raihana tengah geram. 

"Serius. Aku minta maaf sangat-sangat." Jeda. "First sebab aku bangun lambat. Second, aku terpaksa tunggu turn nak mandi. Third, aku terlanggar mamat mana entah masa on the way aku berlari-lari ke sini." Diusap lengannya yang sengal semacam. "Sakit gila wei..."

Berubah riak Raihana. Kerisauan jelas terpeta di wajah. "Kau jatuh? Mana-mana?" Dia bingkas berdiri. Lengan Laila dicapai. Belum sempat dia menyelak lengan baju, Laila lebih pantas menahan.

"Kau ni agak-agaklah nak selak baju aku pun. Dalam library ni. Dengan CCTV berlambak. Buat malu je." Ujarnya. Raihana ttersengih sumbing. "Dah lah. Kau pergi kelas cepat. Semalam kau cakap ada test hari ni. Nanti kena halau keluar masalah lain pula." Laila menghalau Raihana yang masih tercegat di situ.

Raihana mengangguk lemah. Jam dilirik sekali lagi. Lagi sepuluh minit sebelum kelas bermula. "Kau sure okay? Tak nak pergi klinik dulu?" Soalnya berbahasa. Tak nak dicop sebagai kawan yang jual ikan.

Ini kalau diikutkan memang tidak sempat nak berkejar ke klinik dan kembali semula untuk menjawab ujian yang memnyumbangkan separuh markah unuk keseluruhan subjek. Ditambah pula dengan fiil lecturer yang suka menghalau pelajarnya yang lambat membuatkan dia risau nak ambil risiko.

"Sure. Dah, pergilah cepat." Ujar Laila yakin. Kepala dijatuhkan berkali-kali.  

Raihana mencapai beg yang disandarkan di kepala kerusi. Botol air mineral yang masih penuh dicapai. "Tolong jagakan laptop aku kejap. Later cerita apa yang dah jadi dekat kau. Aku pergi dulu." Salam diberi sebelum berlalu.

Laila menyoroti langkah Raihana yang berlalu meninggalkannya. Pandangan kembali membelek lengan baju yang sudah bertukar warna merah pekat. Wajahnya serta-merta pucat. Tergamam apabila tompokan darah semakin besar tidak sampai sesaat. 



PEN, liquid paper, pensil, pemadam dan pembaris disimpan ke dalam bekasnya. Helaian nota dan fail nipis disumbat ke dalam beg galas. Botol air yang diletakkan di kaki kerusi dicapai. Langkah diatur menuju ke arah pintu. Belum sempat tombol dipulas, telinga lebih tangkas menangkap butir bicara Amyra merangkap coursematenya. Kaki dipaku ke lantai sebelum berpaling. 

"Eh! Shaz tak datang jawab test ke hari ni?" Daus jungkit bahu tanda tidak tahu.

"Hah? Shaz tak datang?" Soal Rafiq yang masih sibuk memasukkan sesuatu ke dalam beg. Berkerut dahi Rafiq dengan anggukan Amyra. "Kau biar betul Myra? Seingat aku lah, Shaz keluar rumah paling awal sekali kalau nak dibandingkan aku dengan Daus tadi." Terang Rafiq yang juga merupakan ahli rumah Daus dan Shazril Imri. Daus angguk laju. "Dan aku sure mesti dia dah ada dalam dewan tadi. Like always." Sambungnya lagi. 

Raihana mengiyakan kenyataan Rafiq dalam diam. Sudah sedia maklum dengan perangai groupmate dia untuk salah satu coursework yang teramatlah peka dengan hal berkaitan test dan exam. Mana taknya, wajah pertama yang akan tersembul di dalam dewan mesti Shazril Imri bin Muhammad Syafiq. 

"Aku ingatkan nak pulangkan buku dia yang aku pinjam last week. Nampaknya next time je lah." Ujar Amyra.

Raihana yang malas mengambil tahu perbualan berikutnya lantas memulas tombol pintu. Wajah yang tersembul dari luar membuatkan suaranya naik seoktaf. 

"Shaz!"

Wajah Shazril Imri pada saat ini sukar ditafsirkan. Dahi berkerut seperti menahan sakit. Tetapi melihatkan wajah yang bersih tanpa sebarang kesan calar atau luka menimbulkan kemusykilan di hatinya.

"Shaz!" Sekali lagi nama Shaz dilaung serentak oleh Amyra, Daus dan Rafiq yang sudah terpacak di belakang tubuhnya. Dia terkaku sesaat. Dekatnya.

"Kau pergi mana Shaz?" Daus menepuk kasar bahu Shazril sebelum dia mengaduh sakit. Berubah riak wajah mereka berempat. "Eh! Kau okay tak ni?" Soal Rafiq. Amyra dah terdiam tak bersuara. Terkejut. 

Shaz diam tak membalas. Anak matanya terarah kepada Raihana yang berdiri di hadapannya. Mulut bergerak-gerak bagaikan ingin bersuara namun Daus lebih pantas mencelah.

"Jom, jom. Kami bawa kau pergi klinik." Beg galas milik Shaz bertukar tangan. Lantas mereka bertiga berlalu keluar dari Fakulti Sains meninggalkan Amyra dan Raihana termangu-mangu sendirian. 



PANDANGAN ditebar ke seluruh ruang library. Tetapi susuk tubuh Laila Irdina tidak langsung kelihatan di mana-mana meja. Termasuklah laptop yang diamanahkan kepada Laila tadi. 

"Hailah budak ni..." Jarum jam di dinding tepat pukul 12 tengah hari. Seingatnya Laila mana ada kelas hari ni. "...dia pergi mana pulak?"

Handphone di dalam genggaman bergetar. Raihana melepas nafas lega melihat nama yang tertera di skrin. Lantas langkah besar dibuka menuju ke pintu library. 

"Assalamualaikum... Kau dekat mana?"

"Waalaikumussalam. Sorry Rai. Aku serius lupa nak inform kau yang aku pergi klinik." Lemah suara Laila di talian.

"Hah? Klinik? Kau okay tak ni?" Anak tangga menuju ke parking lot di bawah library ditapak perlahan-lahan. Karang jatuh tersungkur, tambah lagi seorang pesakit.

"Aku...ermm...okay... kut." Raihana mencebik. Kalau dah cakap slow motion macam tu dengan ada kut di belakang tu nampak sangat tak okaynya.

"Klinik mana ni? Kau pergi dengan siapa?" Unlock key ditekan sebelum membolos masuk ke dalam kereta. Beg galas diletak di bahgian peumpang. 

"Klinik Safiya. Tadi ada kakak library tolong aku. Ini pun aku tak tahu nak balik macam mana." Lirih suara Laila. Nak minta tolong Raihana, dia segan sebenarnya walaupun mereka berdua kawan baik. Tak selesa nak menyusahkan orang lain.

"Okay. Kau tunggu situ. Aku on the way pergi sana." Talian dimatikan setelah memberi salam. Enjin kereta lantas dihidupkan dan meluncur laju menuju ke destinasi.



DIRENUNG handphone di dalam genggaman. Walaupun talian telah lama dimatikan tetapi kepala seakan berat untuk dipanggung. Bukan sebab sengal atau patah atau retak. Tetapi sebab makhluk Allah yang sedang duduk berhadapannya. Yang paling dia takutkan kalau-kalau wajahnya direnung tajam oleh sepasang mata itu. 

Sungguh. Kalau diberi kebolehan untuk dia mengundur masa, dia tidak akan teragak-agak untuk menggunakannya. Nak je dia putarkan masa sewaktu berlari-lari ke arah library pagi tadi. Supaya dia berjalan lenggang-kangkung. Sopan-sopan supaya tak terlanggar mamat di hadapannya ni. Takdir kuat sungguh sehingga dia perlu bertemu kembali buat kali kedua.

"Shazril Imri bin Muhammad Syafiq." 

Laungan nurse dari bilik doktor menyentak lamunan Laila Irdina. Spontan kepala terdongak. Dan dia rasa nak terjun dari bangunan paling tinggi di dunia apabila sepasang mata itu sedang tunak memandangnya. Tak tahu nak cakap marah atau tak sebab muka dihadapannya tak ada riak. Straight face orang cakap.

"Jom lah Shaz. Nurse dah panggil nama kau tu." Lelaki yang bert-shirt hijau lumut dengan seluar jeans hitam bersuara. 

"Okay." 

Laila menarik nafas lega apabila dua lelaki tadi sudah berlalu. Tepukan di bahu membuatkan nafas yang baru kembali normal seolah-olah terputus. Kepala ditoleh dan wajah Raihana menyapa ruang mata. 

"Ya Allah...kau rupanya. Terkejut aku." Diusap dada yang sudah hilang rentak degupan.

Raihana memandang pelik. "Kenapa yang kau terkejut sangat? Kau expect siapa datang kalau bukan aku?" Punggung dilabuh di atas kerusi bersebelahan yang masih kosong.

Laila mengeleng laju. "Tak ada siapa-siapa pun. Just aku mengelamun tadi. Itu yang terkejut." Dalihnya. Padahal cuak dengan gerangan yang berlalu menerima rawatan beberapa minit lepas.

"Hmmm..." Raihana memerhati ruang klinik. Tak ada orang pun melainkan dia dengan Laila. "By the way, macam mana kau boleh sampai sini? Tadi before aku pergi test, kau sihat wal afiat je lagi."

Laila lantas tersengih sumbing. "Memang pun. Tapi terus jadi tak sihat sebab darah." Dihulurkan lengan yang terluka tadi. Jelas tompokan darah mencemari baju. "Kau pun tahu kan aku fobia sikit dengan darah-darah ni."

"Doc dah check belum?"

"Dah. Ini tunggu kau nak balik je lah. Ubat pun dah ambil."

Raihana ternganga. "Laaa...asal tal cakap dah settle? Buat penat aku menapak masuk dalam klinik je" 

"Hehe. Sorry buat entah kali ke berapa. Aku tengah blank tadi, itu yang tak alert langsung." Plastik ubat di kanan bangku dicapai.

"Jom!" Ajak Raihana. 

Suara seorang lelaki sayup-sayup kedengaran tidak jauh dari tempat mereka berdua berdiri. Lebih kepada membebel sebenarnya. Raihana sedikit pun tak endah malah meneruskan langkah. Manakala Laila bagaikan tidak menyedari kehadiran orang lain diantara mereka berdua.

"Kau ni langgar apalah sampai jatuh tergolek ni? Aku ingatkan tangan kau je luka, ini sekali dengan kaki badan habis." 

"Aku langgar bull dozer tadi." Berkerut dahi Daus. Ini yang bunyi macam tikus sarkas kenapa? Dah lah suara kuat semacam.

Laila mati langkah. Entah kenapa ayat yang keluar dari celah bibir mamat entah siapa dekat belakangnya seperti ditujukan kepada dirinya. Dia lantas berpaling. Tubuhnya kaku apabila wajah dengan pandangan macam nak telan dia hidup-hidup tajam memandangnya. Mati aku! Nampak sangat dia dah cam muka.

“Wei Laila. Jomlah! Yang kau tercegat dekat situ buat apa?" Raihana menggesa tanpa menyedari situasi yang sedang berlaku. Melihatkan Laila yang bagaikan terkaku, kepala ditoleh sekilas. Eh!

"Shaz!" Okay. Hari ni saja sudah dua kali dia panggil nama Shaz dengan nada seoktaf tinggi dari biasa. Kalau tak, nak dengar suara dia pun susah. Al maklumlah stok gadis melayu limited edition punya. 

Laila terngadah. Air liur ditelan kesat. Mak aih... Rai kenal mamat ni ke? Double mati aku!

Manakala Shaz bersilih ganti memandang wajah Raihana dan gadis yang dipanggil Laila ni tadi. Sekarang dia sendiri terkujat. Tak sangka Raihana kenal budak Laila ni.

"Rai..." Serunya sedikit kuat dek kerana jarak yang agak jauh antara mereka. "...kau kenal dia?" Jari telunjuk lurus ditunjuk ke arah Laila yang masih berdiri tegak. Lagak macam patung cendana dah. 

Kepala Raihana jatuh. "Aah. Kawan aku. Asal?" Lengan Laila yang masih sihat wal afiat dicapai. Ini kalau biar macam ni, sampai ke malamlah bertapa dekat klinik ni.

"Hmm..." Langkah semakin mampir mengahampiri Raihana. "Kau cakap dekat kawan kau tu aku minta ganti rugi." Ujarnya senafas dengan suara yang sengaja dikuatkan. Shazril lantas berlalu ke kaunter ubat setelah namanya dipanggil. Nafas Laila bagaikan tersekat dengan bait patah yang terluah dari bibir Shazril. Ganti rugi? Warghhh.... Ini namanya triple mati aku! Headshot sampai terburai otak.



"KAU kenal dia ke?" Soal Daus dengan mulut yang masih mengunyah roti Gardenia.

"Kenal siapa?" Daus macam nak hempuk je kepala Shazril saat ni. Ini bukan tak tahu tapi kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu namanya.

“Amboi kau...dah hilang kewarasan ke apa sampai tak faham soalan aku yang lagi telus dan straight forward ni." Masih lagi bercakap dengan mulut kembung serupa Giant dah. "Ala...kawan si Rai tu lah. Sampaikan kau minta ganti rugi siap. Kalau aku tanya kau kenal Rai ke tak, itu memang soalan bodoh lah jawabnya."

"Apa yang bodoh?" Sergah Rafiq dari luar bilik. Daus dah terbatuk-batuk sebab tercekik roti yang separuh lumat. Rafiq menebik. "Eee...tak senonoh betullah anak pak imam sorang ni. Mulut tu kalau nak bercakap tak boleh ke bagi kosong dulu. Tak beretika langsung." Disua botol air di sebelahnya.

"Tolong sikit. Aku ke si Rafiq ni yang tak beretika? Dah lah masuk tak bagi salam." Bidas Daus setelah meneguk air.

"Ap..."

"Tak payah nak back up diri. Dua-dua sama je." Shazril memintas sebelum sempat Rafiq membalas.

"Haa...tadi aku dengar bodoh. Apa yang bodoh?" Soal Rafiq sekali lagi lantas bersila di sebelah Daus. 

"Tak ada apa pun. Cuma kawan kita sorang ni buat drama sinetron versi Melayu dekat klinik."

"Serius?" Manalah dia nak tahu apa jadi dekat klinik tu. Elok je dia sampai dekat Klinik Safiya menghantar Shazril dan Daus, tuan rumah hantar mesej dia dah tunggu depan rumah. Nak tak nak terpaksa dia balik memandangkan hal rumah sewa mereka masih ada benda yang tak settle.

"Tak..." Dua batang jari diangkat. "Two rius." Daus tersengih. Rafiq angkat penumbuk.

"Kan lepas kau hantar aku dengan Shaz tadi, kami pun masuk je lah. Time tu adalah dua tiga orang dalam klinik tu. Tapi nak dijadikan cerita, Shaz menonong tarik aku ikut dia pergi duduk depan budak perempuan sorang ni. Aku ingatkan dia nak mengorat lah budak tu, tapi dia diam je. So, aku pun tak amiklah port sangat." Di berjeda. Roti dicapai sebelum mencicah air teh suam-suam kuku. "Yang nak jadi dramanya lepas telefon budak tu berbunyi. Shaz panggung kepala tengok budak tu macam nak telan. Terkejut aku."

Berkerut dahi Rafiq. "Asal?" Daus jungkit bahu. "Kau tanya dia. Dari petang tadi aku try tanya tapi sepatah pun tak jawab. Kalau tak kepoh memanjang."

Rafiq mengalih pandangan. "Kau tak nak story? Dah lah kau terlepas test tadi. Lepa..."

"Test, test jangan sebut. Aku tengah panas hati lagi ni." Larang Shaz dingin. Memang dia tengah angin satu badan apabila mengenangkan insiden pagi tadi. Tak pasal-pasal dia tak sempat langsung nak attend test yang sumbang 50 markah tu. Dah lah kerja khusus hari tu dia dapat 40 markaj je. Ini dah hilang lagi 50. Habislah sem ni...

Rafiq terdiam. Daus pun. Tak pernah tengok Shazril marah. Selalunya cool and chill je. Hari ni je nampak lain. Kenapa?

"Kalau kau nak tahu...budak tu lah bull dozer tu." Daus jatuh rahang. Tak percaya. Rafiq ternganga tak faham langsung.


AKHIRNYA, sem terakhir menjelma jua. Lega. Lepas ni boleh berjimba sekejap sebelum cari kerja. Otak dah menyusun  rancangan masa depan. Mengenangkan insiden enam bulan lepas, dia cuak sampai sekarang. Boleh dikatakan hampir setiap hari Raihana jadi tukang postwoman hantar pesanan ganti rugi. Konon macam hutang boleh dibayar lah. Ini nak bayar macam mana. Bukan melibatkan duit. Tapi markah ujian salah satu subjek si Shaz tu ambil. Jangan tanya macam mana dia tahu nama budak tu kalau tak kerana Raihana. Tak pasal-pasal dia kena interrogate macam pesalah antarabangsa lepas balik klinik tu.

Tapi nasib baik semua dah selesai apabila suatu hari tu...

"Oit Laila!" Shazril bersandar di pintu makmal komputer. Dah serupa samseng jalanan dengan salam tak ada.

"Apa?" 

"Lepas ni kau tak payah ganti rugi. Dah settle." Ujar Shazril seraya berlalu. Dan dia terpinga-pinga tak faham langsung pesanan tanpa mukadimah tu.

Walaupun dia tak tahu apa yang menyebabkan dia dah langsai hutang tu tapi hati tak sudah-sudah mengucap syukur. Terlepaslah dia dari belenggu hutang dan ugutan.

"Jauh kau menung. Teringat buah hati ke?" Mati lamunannya seraya merenung Raihana yang tercegat di hadapannya. 

"Bila kau sampai?" Sungguh. Dia tak dengar langsung bunyi kerusi ditarik langsung. 

"Adalah dalam lima minit lepas. Aku yang terpacak depan kau pun macam tak nampak." Dia tersenyum tipis kepada kakak perpustakaan yang lalu di tepi meja mereka berdua duduki.

Laila Irdina tersengih. "Aku tengah plan apa nak buat lepas habis study ni. Itu yang tak perasan kau dah datang. So, final year project kau macam mana. Dah jalan?"

Raihana mengeluh lemah. "Dah...tapi biasalah. Bukan namanya student kalau tak ada dugaan. Supervisor aku tu cerewet sikit. Jadi aku kena tadah telinga je lah setiap kali jumpa dia. Ini pun aku nak jumpa Shaz. Minta tolong dia." 

Berubah wajah Laila. Kenapalah setiap kali perbualan antara dia dengan Raihana pasti akan muncul nama along si minta hutang tu? Jangan-jangan...

"Kau suka dia ke Rai?" 

Raihana angkat kepala. Lesap terus idea nak improve projek yang dikatakan tak cukup umpphh oleh penyelianya. "Suka? Siapa?"

Laila mencebik sebelum tersengih sumbing. "Eleh...buat tak tahu pula. Ngaku je lah kau suka dia." Pen di tangan diputar mengikut pusingan jam.

"Serius Laila. Aku tak faham apa yang kau tanya ni. Cuba bagi clear sikit soalan kau tu. Dah lah otak aku semak bin serabut dengan fyp. Kau pulak nak bagi solan tak cukup subjek dengan predikat."

Laila tergelak. Subjek? Predikat? Tudia...ilmu bahasa melayu zaman sekolah zaman tok kaduk mana dulu. 

"Kau dengan Shaz lah. Siapa lagi? Asal aku sembang dengan kau. Pasti nama lelaki kurang budiman tu akan masuk jugak. Aku tahulah dia ex groupmate kau untuk coursework kau dulu. Tapi takkan lah sampai sekarang still connect-connect gitu." Jari telunjuk kiri dan kanan dilagakan berkali-kali.

Raihana tepuk dahi. Kaki gosip sungguh sorang ni. "Tak payah nak buat gosip yang tak pernah wujud. Aku dengan dia just kawan. Even parents aku pun dah kenal dia. Sebab at least diorang tahu anak perempuan dia ni kawan dengan siapa." Raihana tarik nafas sebelum menyambung. "Again. K-A-W-A-N. Kawan." Siap dieja satu-satu nak bagi Laila faham hubungan yang dimeterai antara mereka berdua. 

"Eleleleh... Itu sampai bawa jumpa parents, ada apa-apa la tu." Usikan yang tidak langsung menerbitkan sebarang perasaan pelik di hati Raihana. Yang dia tahu dan jelas, Shaz dengan dia memang tak boleh jadi lebih dari tu.

“Lantak kau lah Laila. Malas aku nak layan." Putusnya sebelum kembali fokus menjana idea dan menghabiskan bacaan jurnal yang keempat.

- to be continued -

1 Critical Critics:

Unknown said...

Cantik nama watak....

Post a Comment